Mi Kecil ?

Monday, December 09, 2013 Nazlee Ismail 6 Comments

..aku keliru awal-awal dulu bila beli sarapan di Banting ni...ada mi kecil,  mi besar dan mi tiow..aha ha..pelik tapi dah boleh dapat sesuaikan bila dah lama kat sini.

Mi kecik tu mihun/bihun,  mi besar tu mi kuning dan mi tiow tu kueyteow..

Kenapa aku suka bihun?

Pagi semalam bihun sup, malam pon bihun goreng mamak, pagi ni bihun goreng mamaD..hihi. Selagi tak jemu..kalau jemu berenti sehari dua...pas tu cari lagi..
Aku sokong pada yang kata jumlah kalorinya agak kurang berbanding lain-lain. ..kalau nak kekal sihat kena kurangkan kuantiti...bajet kalori kena ada.  Well,  aku bukan penasihat makanan sihat tapi aku suka makan apa yang aku suka..

Jadi tabiat..

Sebenarnya tabiat aku ni memang kurang baik dicontohi..  Nak tau?
Okeh...bila aku pesan bihun sup power, kuah mesti tambah mangkuk extra.. kuah tu yang power!  bihun tak habis pon.. dah biasa sangat sampai mamaD pon tegur... "tak takut kena darah tinggi ke? ".

Makan bihun boleh turunkan berat badan? ..tapi berat badan aku dah lama tak naik dan turun..so aku belasah je tiap minggu makan bihun.

Kat pejabat pulak.. Ada mesyuarat maka adalah bihun..bila seminar pon bihun adalah menu wajib antaranya.
Huh..dah macam muka bihun jadinya..




Nak tanya... Sebetul sebutan tu  ... bihun ke mihun?




6 comments:

  1. mi kecil, mi tiow... sebutan yang aku gunakan jugak masa kecik2 dulu (kat johor) sekarang memang tak pernah dengar lagi.

    sama jugak macam air jarang (air kosong a.k.a. air putih)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @smbotak. .Johor ek.. Org jawa banting memang biasa..aku jgk yg kompius memula..

      Delete
  2. Assalam PCL

    sypun punya pendapat yg sama,kalau mkn mihun sup tu,yg power bkn mihunnya,tp kuah dia...cuba mkn miun rebus tu je?apa rasanya ye tak..?ok la bl mkn byk sbb bdn x turun n tak naik...seronok dpt maintain berat wpun mkn byk...

    Sy sebut kedua2nya...mihun dn bihun....tp x tau yg mana satu betul....

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Wirda kena cuba bihun sup kemboja..best! kuahnya power..

      Delete
  3. saya pon suka bihun, rasa best jer bila mkn. tak tau la yg mana satu betul bihun @ mihun

    ReplyDelete
  4. Sejak berhijrah ke johor la bru ay tahu org luar pggil bihun tu mee kecil... Sbb selama ni dok pggil bihun je..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.