Nina Demam Terkejut ?

Thursday, December 26, 2013 PCL 6 Comments

Post by P.C.L.

20hb lepas...bergegas kami tengah-tengah malam ke asrama nina , katanya takut !!

22hb hantar balik asrama , 24hb nina mintak balik rumah sebab dia rasa pening dan demam panas...dapat mc sehari, hari ni demamnya masih lagi tak kebah dan sekejap lagi aku ke klinik yang sama nak mintak tambah mc untuk hari ni dan buat pemeriksaan doktor.

Kesian tengok dia tak bermaya..., semalam aku buat Rawatan Mandi Ais untuk dia... kaedah cara rawatan Islam yang menjadi sebutan , cara ni bagus untuk keluarkan haba panas dalam badan atas nasihat  seeorang yang mengamalkan Rawatan Islam. Untuk penjelasan lebih detail lagi aku google tentang khasiat mandi ais...

"Mandi Ais Alhamdulillah terbukti berkesan dalam menangani gangguan makhluk halus. Makhluk halus yang diperbuat dari api, berasa kesakitan apabila terkena dengan air mandian ruqyah berais yang sejuk... Panas lawannya sejuk.. dan api lawannya air... gandakan kuasa air tersebut dengan menjadikannya air batu.... Sangat-sangat membantu dalam rawatan pesakit gangguan makhluk halus..."

baru buat sekali pagi semalam, 2kg ais kiub disiapkan dengan bacaan surah-surah al-quraan...dan kena buat 3 kali paling kurang.., dalam masa sama hanis yang sihat pon nak tumpang sekaki..alahai.




#semoga anakku cepat sembuh dari demam.


Mahukan bayi anda cerdik ?




6 comments:

  1. Moga di permudahkan. .macam2 sekarang ni....

    ReplyDelete
  2. Anak sulung saya masa kecik dulu pernah kena demam panas hingga kejang dan sawan. Sampai di hospital, doktor bogelkan dia dah mandikan dia dengan ais hingga menggeletar seluruh tubuh. Kata doktor cara paling berkesan menurunkan demam panas ialah mandi ais. Nampaknya perubatan moden juga sama dengan perubatan Islam, menggunakan ais.

    Kalau perubatan tradisional Melayu pula mereka mandikan dengan air asam jawa untuk turunkan suhu badan...

    Semoga Nina cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. Semoga Nina cepat sembuh ya PCL dan Pn Diana

    ReplyDelete
  4. SEMOGA CEPAT SEMBUH...
    selamat tahun baru 2014...

    ReplyDelete
  5. sweet je nina. . moga cpt sembuh ye syg. . sori untie lambat tau. . .:(

    ReplyDelete
  6. ais memang bagus untuk mandikan supaya haba panas turun dengan cepat...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.