Nina semakin pulih ; masih di wad hospital.

Saturday, December 28, 2013 PCL 9 Comments

Mungkin ramai yang tertanya tentang perkembangan anak kami, Nurhusnina @ nina.

Alhamdulillah nampak dia semakin ok berbanding hari sebelumnya, hari ni dah masuk hari ke tiga Nina berada di wad. Platelet darah dah naik mencatat bacaan semakin baik berbanding pagi semalam jatuh ke 65 dari 85 masa hari pertama di wad.

Menurut mamaD. .kata doktor, nina boleh keluar wad sekiranya  suhu badan kembali normal, pagi tadi suhu 37 darjah.. demam lagi kata doktor selepas membuat pemerikasaan.
Kalau semalam memang keadaan nina nampak tak bermaya..  puas suruh minum air banyak dan makan..tak mau dia.  Memang mamaD paksa dia makan sikit.. tak ada selera nak telan makanan..kata nina.

Pagi tadi aku belikan bubur nasi sup ayam..nampak dia makan lebih sikit. Tengahari nanti mamaD mintak aku buatkan untuk nina masak kicap isi ikan siakap..ikan sikap ituhari ada lebih dalam peti ais.

Ilmu memasak yang ada sikit ni aku lakukan yang terbaik untuk isteri dan anak yang memerindui makan kat rumah..

# Harap tak lah berlarutan masa yang lama nina kena duduk dlaam wad tu...kesian kan.




..dalam proses buat ikan siakap masak kicap ....macam kacang je nih, kalau ada yang tak reti tu mai minak resipi ka aku hihi..



# doakan kesihatan Nina segera sembuh seperi biasa,  terima kasih semua.



9 comments:

  1. nina tak selera sebab mungkin makanan hospital kot..huhu..

    moga nina cepat sembuh..=)

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat2 sembuh yer nina

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, Allah mendengar doa mereka yg menyayangi Nina...Syukur juga Nina punya seorang ayah yg pandai memasak spt PCL!!

    ReplyDelete
  4. Salam PCL,

    Semoga anakanda nina segera sembuh dan dapat balik rumah cepat2! ...
    Semoga PCL & mamaD tabah hadapi ujian kesihatan anak ...

    ReplyDelete
  5. memang ambil masa.selagi suhu badan tak normal.wpun cuma 37%% je masih di tahan di wad. . .moga cpt sembuh.memang kena minum byk air. . .

    ReplyDelete
  6. kalau sakit memang biasa tak selera :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.