Sup Ketam Penawar Denggi..
Ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit. ~ kreditNa'uzubillahiminzalik .
Semalam ; melihat keadaan fizikal nina yang tak bermaya petang semalam sebaik saja dimasukkan ke wad, hati kami sekeluarga amat risau sekali... , hanya mamaD seorang yang menemani atas nasihat nurse di sana.
Platelet darah nina pada kadar 85, Nina mengadu demam, pening kepala , sakit-sakit seluruh badan dan kebas kaki.., ahamdulillah semuanya dalam pemantauan berkala doktor yang merawatnya.
Kami berterima kasih atas nasihat dari doktor, kawan-kawan berserta iringan doa mereka untuk kesembuhan anak kami, Nurhusnina yang sedang berdepan melawan virus denggi di wad Hospital Banting.
Segerakan apa yang patut aku buat walau tak pernah pon masak sup sebelum ni...kecuali maggi sup sahaja.
Sementara menanti waktu lawatan tiba dan menemani Hanis di rumah, ....seperti yang disarankan oleh ramai pihak dari kawan-kawan dan pihak hospital juga supaya memberikan pesakit denggi minum sup ketam.
kata orang banyak khasiatnya ; mudah-mudahan dengan IzinNya.
Semoga Nina cepat sembuh dan Allah mendengar doa ibu bapa yang menyayanginya....
ReplyDeletesemoga nina cepat sembuh...orang bsakit ni selalu tak selera makan..tapi kena paksa jugak..
ReplyDeleteMoga anak PCL segera sembuh ya
ReplyDeleteowwhh..semoga anak PCL cepat sembuh...amiinn..
ReplyDeletesaya dgr ramai yg kata sup ketam penawar mujarab utk denggi.ada yg kata minum byk byk 100 plus
ReplyDeletememang betul ni....sebab ika pun pernah kena denggi...dan makan sup ketam memang platelet meningkat semula...alhamdulillah...sekarang pun sihat dah :)
ReplyDelete