BACKPACKER GROUP HAT YAI 3D2N (2013) .

Saturday, November 30, 2013 PCL 1 Comments

Assalamaualaikum  dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog pcl dan terima kasih kepada anda kerana sebelum ini mengikuti survey berkenaan trip ke Hat Yai :-

Survey : Nak Buat Rombongan Ke Hat Yai dengan Keretapi KTMB  (klik untuk baca

Saya telah mendapat kadar harga untuk group sebagai panduan dan tindakan selanjutnya. (Harga Promosi 2013) .

Terkini tiada lagi group terbentuk tapi kami mengharapkan nama 10 orang dewasa untuk membentuk group pertama (rujuk syarat di bawah) . Tarikh cadangan bagi pihak kami adalah (23/24/25 Disember 2013) .

*anda jangan risau sebab kami ada pemandu pelancung yang berpengalaman untuk mebantu pergerakan anda di sana .

PAKEJ BACKPACKER GROUP TRAVEL BY KTM  EKSPESS LANGKAWI
HAT YAI 3D2N (2013)

Harga : RM225/Head DEWASA

Termasuk : Hotel kongsi per pasangan atau dua orang
                     +B'fast
                     +Pengankutan pergi/balik dari stesen keretapi Hat Yai
                     +Pengankutan semasa lawatan

Harga kanak kanak RM80/head kongsi bilik (tiada B'fast)

Syarat Syarat

1.Group Anda minima 10 peserta Dewasa (kanak kanak tidak termasuk)
   jika group anda minima 6 peserta Dewasa (kanak kanak tidak di kira)
   bayaran RM250/head dan kanak kanak RM80/head
   atau group 7 atau 9 , salah satu bilik berkongsi 3 org.

2.Beli Tiket KTM dari Tempat Anda Ke Hat Yai (pergi balik)

3.Tetapkan Tarikh seminggu sebelum berangkat

4.Memiliki Passport atau Border Pass

5.Kanak-Kanak 4 ~ 12 tahun berkongsi bilik dengan ibubapa (tanpa B'fast)

6.Sila hantar maklumat seperti berikut melalui email kepada [ nazli.angkasa@gmail.com ]
   Nama Peserta
   Mykad
   Passport No
   Email
   No HP
   Nama Ketua Kumpulan
   Tarikh Lawatan

8.Bayaran 50% semasa pengesahan tarikh
   baki 40% sehari sebelum berlepas
   baki 10% semasa sampai di Hat Yai

ITENARARY

Day 1
12.00  tghari  -  sampai Hat Yai
1.00   tghari  - makan tghari (belanja sendiri)
2.00   ptg      - mundar mandir di Market Plaza
3.00   ptg      - Check In Hotel
                 Rehat
5.00   ptg     - Floating Market
9.00   mlm    - bersiar siar di Bandar Hat Yai
11.00 mlm    -acara bebas

Day 2
10.00 pagi     - B'fast (kanak kanak dibayar sendiri)
12.00 pagi     - Lee Garder area shopping
3.00   ptg      - Balik Hotel
6.00   ptg      - Asia Trade Market
11.00 mlm    - acara bebas

Day 3
10.00 pagi  - Bfast  (kanak kanak dibayar sendiri)
12.00 pagi  - Check out
1.00   tghari  -  makan tghari (belanja sendiri)
2.00   ptg     - Hat Yai Botanic Garden
4.00   ptg     - ke stesen keretapi
5.00   ptg     - bertolak ke Malaysia

*** jika anda tiada group ,dan anda boleh mendaftar nama,dan kami akan
atur masa yang sesuai untuk anda.

Tel : 017-4009726 (PCL) ~ pertanyaan

1 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Saturday, November 30, 2013 Nazlee Ismail 5 Comments

Wahh..gituu !!

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 

Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com

Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Buat baik pon ada orang tak suka apatah lagi buat jahat!

Saturday, November 30, 2013 Nazlee Ismail 2 Comments

Salam...

..petang berulang malam menjelang,  itulah hukum alam. .ketentuan Maha Pencipta..sama-sama kita renungkannya..

Masa lalu yang sedih dijadikan sebagai pelajaran agar kesalahan yang sama tidak akan berulang.
Bohong pada diri sendiri adalah sifat kebohongan yang paling buruk.

..jangan ikut kata hati mereka yang selalu berkata-kata mengikut apa yang mereka suka.
Jadilah orang yang paling beruntung dengan mengembangkan rasa syukur yang hampir sama dalam situasi apa pon.

Jangan pernah marah jika kita tidak mampu merubah seseorang sesuai dengan keinginanan kita kerana kita sendiri tidak mampu menjadi seperti yang kita inginkan.

Jangan menunggu peluang kerana ia selalu hadir setiap saat di depan kita.

Manusia.. buat baik pon ada yang tak suka, buat jahat apatah lagi..mesti ramai yang tak suka...kan !
Jadi buatlah apa yang Tuhan suka walaupon manusia tak suka..

#tayang muka. ..jom jogging 15 minit pon jadi...

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Aku dah cakap jangan..jangan!

Saturday, November 30, 2013 Nazlee Ismail 3 Comments

Salam pagi Sabtu...

Hari ni ada masa sikit nak servis kereta..selalunya kerja memanjang. .tak pon pergi jalan-jalan makan angin.
Sarapa pagi ni sebelah kedai makanik.. Makan bihun goreng. .kalau tak, biasanya aku makan bihun sup power kemboja..

Ok habis bab makan. .

Aku sebenarnya bernasib malang campur baik..
Malangnya bila lepas servis kereta tadi si abangla dah terpecah cermin tingkap kereta aku.. entah macam mana dia tarik dengan player masa nak naikkan cermin tingkap.

"Aku dah cakap jangan...jangan.. , U guna besi tarik boleh pecah"..

Elok habis cakap je.. Prapp!  !! Berderai lah..

Nasib baiknya dia mahu ganti.. Aku nak tong2 tapi dia nak cover all buat payment ..terkedu nengok muka aku agaknya lah..

Apa nak buat rezeki aku pagi ni..
Syukur padaNya.

#malang subgguh nasib abangla.

#..kacau lah kereta biru ni..nak ambil gambar pon susah..!

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Adakalanya kena fahami. .

Saturday, November 30, 2013 Nazlee Ismail 2 Comments

..tengok gelagat Hanis dan sepupunya tu..

Minat sampai sanggup tunggu sehingga larut malam..
Minat sampai buat conteng baju dengan nama-nama. ..

Siapa yang tahu akan faham apa itu RM !

#Aku cuba memahami kehendak anak-anak dari masa ke semasa..

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ramai yang “boring” kerana mempunyai masa lapang yang banyak..

Friday, November 29, 2013 Nazlee Ismail 4 Comments

Salam petang semua... semoga ketenangan petang ini di isi dengan sesuatu yang bermanfaat...

Kita merenung bab masa.. , pemberian Allah , tidak sikit dan tidak banyak hanya cukup sempurna iaitu 24jam dalam sehari mengikut kitarannya kepada semua orang..

Masa itu kita ibaratkan macam duit; ia hanya memberi manfaat jika dibelanjakan dengan baik.
kalau simpan banyak-banyak pon tiada gunanya jika tidak dibelanjakan langsung.
Dibelanjakan banyak-banyak juga tiada gunanya, jika tidak dibelanjakan dengan baik.

Masa yang banyak ibarat duit yang banyak. Orang yang bagus dalam akautansi memang hebatlah bab ni..
Mereka yang bijak dengan duit ni selalunya dapat mengurusnya dengan baik; mereka tahu bila hendak dibelanjakan, di mana hendak dibelanjakan, dan berapa banyak hendak dibelanjakan.

Ibarat duit lah katakan, kadang kala apabila masa ada banyak sangat, kita jadi bingung malah ada yang jadi (maaf cakap)  'bengong'...sampaikan kita tidak tahu hendak buat apa dengan masa yang banyak itu.

Ramai yang “boring” kerana mempunyai masa lapang yang banyak, tetapi tidak mempunyai pengisian yang memberi makna.

Renungkanlah....

# 17:15 ..saya nak ke Seri Kembangan , ambil nina di asrama ..cepat-cepat mengejar masa..katanya boring duduk sorang-sorang...

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bagai nak kidnap anak sendiri !!

Friday, November 29, 2013 Nazlee Ismail 4 Comments

Afni Zulaikha... tak nak ikut mama kandung dia (mama fara) balik rumah, ..mamaD jugak jadi pilihannya

"..dah macam kidnap anak  pulak bila nak ajak dia balik rumah sendiri" kata mama farah dengan nada keciwa..

Laikha memang macam tu bila ada akak nina, akak hanis. ...kekadang kesian tengok mama fara..terasa hati bila anak sendiri akrab dengan keluarga kami. ..ye lah, dia membesar di kebanyakan hari bekerja dengan mamaD.

aksi pujuk memujuk jugak la (setiap petang) ..dah puas sampai kering idea..tetap takleh nak paksa dia....ye lah kan, budak mana tau nak jaga perasaan orang lain waima ibunya sendiri..

Pada suatu hari tu dengan izin mama farah ,  Laikha kami bawa jalan-jalan ke Giant hipermarket.

budak kalau dia buat perangai selalunya dia mengantuk,  lapar atau tak selesa.. hehe pandai pulak aku cakap macam ni...haruslah kan. aku pon pengasuh budak yang excellent haha..
belum sampai destinasi,  dalam kereta dia tertido..letih sangat lah tu., dari bahu mamaD. ..betukar ke bahu aku bergilir..kesian nak kejutkan dia.

akak nina nak beli kasut sebab dia kehilangan kasut masa di asrama... haha,  aku ingat boys jer over nakal curi kasut bagai.... rupanya girls pon sama , huh dasyatlah!

... dah lenguh bahu dan pinggang.., aku terpaksa letakkan Laikha atas kerusi lembut yang terdapat dalam kedai kasut sambil mamaD menemankan nina memilih kasut.

biasanya situasi sebeginilah kalau suami menemani anak/isteri shopping..., suami akan jadi pemerhati dari jauh sambil memangku anak kecil atau duduk di suatu sudut. .. 'jadi jaga troli'  haha nasib lah kan !.. kalau lah isteri memilih online shopping  "Online Fashion di Zalora Malaysia" kan bagus..klik-klik jer tak perlu susah-susah macam ni..

# laikha semakin akrab buat hati ibu kandungnya 'terasa'...adakah kami sebagai penjaga yang harus dipersalahkan.. :00

peace yaw Ct Farah !

Jika anda berada pada situasi yang sama (menjemput anak tapi anak tak nak ikut balik..), bagaimanakan perasaan anda dan apakah tindakan anda ?

* makluman kepada pembaca yang baru nak mengenali Afni Zulaikha , ..dia adalah salah seorang dari anak di bawah asuhan mamaD .

Published with Blogger-droid v2.0.10

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Perkongsian Malam Jumaat ; Umpama Cahaya..

Thursday, November 28, 2013 Nazlee Ismail 0 Comments

Salam untuk semua..

Bahagia..ya bahagia..itu yang dicari...

Sesungguhnya bahagia itu bukan 'benda' yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin 'diberikan' akan bertambah terangnya.

Kata bijak pandai, umpama dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam... tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.

Untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka.

# Kita tidak merasa bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.

0 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Haha..kellaskan mak mertua aku!

Thursday, November 28, 2013 Nazlee Ismail 3 Comments

..mak mertua aku dah balik ke Sg Patani, tiap kali datang Banting mesti tak lupa nak ajak ke Pantai Morib..tujuan utamanya ialah memancing sambil hepi-hepi riadah dengan famili.

Hari ahad lepas dia agak terkilan sebab air surut jauh ketika kami seronok berkelah di sana.  Ikutkan kami anak menantu dan cucu ni lagi best meredah pantai mandi laut..dari memancing di sini, sebabnya memang dah tau tak ada ikan. ..tapi mak,  dia adalah pemancing tegar..pantang nampak air laut sungai dan seumpamanya..

tengok pada gayanya,  mak rasa macam hampa sikit bila tiap kali ke sini tak dapat memancing dalam keadaan air yang sempurna.. namun pada tu tetap seekor dua ikan gelama  menjadi miliknya..setakat gelama itu biasalah...tapi mak nak sangat menaikkan ikan sembilang.. *buat masak gulai memang best. .

"Tak boleh lawan mancing kat sana (SP) " ..katanya, Sambil tunjuk gambar bergaya ni dalam handsetnya....siap bluetooth lagi tau haha kelass kan mak mertua aku!  ..

#dalam gambar tu mak mertua aku baru je lepas menaikkan ikan sembilang seberat  lebih kurang1kg @ Jeti Titi Semeling, Sg. Petani Kedah.

tu pasal nak balik cepat jer..teringat ikan sembilang agaknyya.. :)) mak memang best !!

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jawapan ; Siapa paling kejam ?

Wednesday, November 27, 2013 Nazlee Ismail 4 Comments

Salam..

ceria semunya  , bagus lah... aku jugak yang sedang kesakitan mulut ulser nih.. (baru sudah berkumur air garam...wuuu pedih arr..pedih arr   sampai meleleh ayaq mata tau !).

okay.. terus kepada jawapan  SIAPA PALING KEJAM ?

jawapannya adalah ;  No. 1 . mereka yang mencemburui masa dan waktu.

sebabnya ;  mereka ini akan melihat jam dan dalam keadaan tertentu mereka juga akan berpaling (ke arah jam) dan mereka ini lah yang dikategorikan PALING KE JAM .. hihi peace yaw !!

p/s ; sepatutnya diajukan dalam bentuk verbal questions , baru nampak real kan..haha apa2 je lah..

terima kasih kepada yang mencuba..anda memang sporting habis !

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

SIAPA PALING KEJAM ?

Wednesday, November 27, 2013 Nazlee Ismail 1 Comments

..Salam, ..lemau di pagi Rabu sebab cuti punya pasal dan badan nak rasa demam....

kalau korang tanya kenapa tak dapatkan mc ! , serius aku cakap...selama kerja govermen ni tak pernah ambil mc lagi.., bukan tak pernah sakit atau demam..ada, tapi time demam tu kena masa-masa cuti..

pagi tadi...pepagi lagi dah baca entri pasal petua makan katak di blog Lyn Munir.., menarik ! motivasi pasal kerja ..mana yang perlu didahulukan. ok good, bagi aku lah kan...haha jangan ikut ye..

"berblog lah didahulukan sebab nak ambil mood ceria berterusan..mood ceria lah konon...hihi."

okay... tu takda kaitan dengan tajuk  SIAPA PALING KEJAM ?

soalan ni nak menguji kepekaan anda ..pilih la yang mana antara berikut dan kenapa ..

  1. Mereka yang mencemburui masa dan waktu
  2. Mereka yang memporak perandakan kebahagian orang lain. 
  3. Mereka yang membunuh nafsu makan .
  4. Mereka yang sakit tapi nak kerja jugak.
ingat, ini bukan soalan serius tapi hanya teka teki biasa sahaja..dan dah tentunya tiada  hadiah... :))

1 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Macam salah jer pertanyaan ku..

Tuesday, November 26, 2013 Nazlee Ismail 10 Comments

...siapa pandai makan ? tau  camana nak masak teratai ni..?

Batang ke bunga yang orang makan ??

Aku tanya kat awek yang jual kat pasar sini,  tapi dia tak jawab. .
macam salah jer pertanyaan ku!

Adehh..

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mengader-ngader eh.. Aha ha..

Monday, November 25, 2013 Nazlee Ismail 9 Comments

..huuuu malam ni terasa lain macam jer badan aku ni. 

Baru habis ber BBQ depan rumah ni tadi.. Gambar BBQ memang takde sebab ...tukang ambil gambar dan tukang kipas adalah orang yang sama..

Cuma gambar ngader2 ni je sempat ku rakam.. Agak tak senonoh hihi tapi... ulser kat bibir dalam mulut aku ni memang memeritkan..pasti korang perah merasainya..kan!

ni semua mungkin sebab banyak sangat aktiviti luar sampai air kekurangan dalam badan..

#..boleh pulak mamaD kata pcl ni tidur malam tak gosok gigi..kha..kha..kah.. enzim dah makan bibir katanya..wow hebatnya teori....mungkin juga betul.

Betul ke? ..

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Afni Zulaikha..

Monday, November 25, 2013 Nazlee Ismail 3 Comments

..petang semalm sempat pinjam Afni Zulaikha dari rumah mama dia..
Keletah manja dia buat sedara mara pcl yang datang dari Kedah pon teringin tengok Laikha dari dekat..

Sebelum ni cuma tengok gambar dan video melalu fb jer..
Laikha ni budak pemalu. .. tak kenal maka tak layan..

..Afni memang manja, antara anak-anak angkat mamaD yang banyak cakap dan kuat merajuk..

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Video ; Seronoknya meredah dari pantai ke tengah lautan...@Pantai Morib .

Monday, November 25, 2013 Nazlee Ismail 0 Comments

0 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Gambar-gambar piknik petang tadi..

Sunday, November 24, 2013 Nazlee Ismail 8 Comments

..sampai kat morib., time tu dah pukul 5 petang...masing-masing terasa lapar sangat sebab lunch belum lagi..

...layan aiskrim triple skop memang best, lepas makan kenyang .. Alhamdulillah, dengan ramainya dan suasana lain dari biasa, keseronokan lebih dapat dirasakan..namun sini ada sikit kureng selesanya sebab nampak ramai manusia..tapi ramai lagi depa (lalat).. Satu tangan suap satu lagi halau lalat...menguji kesabaran sungguh!

 Rileks sat... Hanis n the geng ajak mandi laut tapi malangnya air surut...nun jauh sana baru jumpa air..kena jalan ke tengah, 500m lebih lebih kuranglah jaraknya dari tempat lepak kami tu. Saya ada ambil video masa kami merendah ke tengah laut... Kalau sempat saya publish esok. Insya Allah.

 #...buat entri ni di tepian pantai yang sama.. Malam datang sekali kagi sebab mak nak pancing ikan.. Ikan tak makan umpan, kita update blog lah. .. By deway..saya cuti esok dan lusa hihi jangan jeles!

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Nak berpiknik sat lagi..

Sunday, November 24, 2013 Nazlee Ismail 6 Comments

..piknik kat pantai morib jer.

Pagi lagi cari bahan nak masak. Ada menu spesel..buat kari kepala ikan besar.. Ikan merah ni bukan saya masak dan bukan mamaD yang masak tapi my mak mertua yang masak.

Kali ni. ..kari berlemak sikit sebab mak letak santan.., kalau mamaD punya resipi  gulai takda santan...
Mana-mana pon ok jer...tapi belum boleh makan lagi...tunggu nanti makan reramai kat pantai...

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Aku bercuti lagi..

Sunday, November 24, 2013 Nazlee Ismail 2 Comments

Santai bersama mereka yang disayangi...aku masih bercuti lagi hari ni..

Kerja elok2 yer kawan2

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Lama tak muncul kat sini kan!

Friday, November 22, 2013 Nazlee Ismail 2 Comments

Salam..

.. lama tak mai blog pcl ni. Taktau apa cerita yang pcl topikkan..

Kita ni lebih kepada takda masa sebab budak Mia sorang ni dah pandai nak manja2.. 
Takmau dok dalam..nak santai kat luar rumah ja sambil menunggu ibu dia balik dari kerja.

"Ada hari2 yang buatkan budak Laikha terasa hati.. manjanya telah berkongsi, merajuknya selalu sebab dia sebelum ni anak yang sangat manja.."

Layan dan tunjuk muka.. Ok babaii. semoga jangan jemu dengan blog pcl ni, terima kasih :)

Oklah.. Jumpa lagi.

~ diana.