Bab Rumah tangga ; Berkata benar dengan isteri ...

Thursday, January 02, 2014 PCL 8 Comments


Salam , jumpa lagi tahun baru 2014

...penat rasa bila kesana dan kemari dengan kerja pejabat lagi demi menguruskan keluarga juga anak-anak di hari pertama persekolahan mereka.

#walau penat namun hati puas sebab semuanya beres dengan sukses, alhamdulillah.

Bab rumahtangga kembali lagi...kali ni berkenaan sikap benar iaitu berkata benar dengan isteri.
Seorang suami harus mengamalkan sikap benar iaitu jangan berbohong kepada sesiapa jua pun. Jika seseorang suami benar-benar mengkehendaki kerukunan dan kedamaian dalam rumahtangga seharusnya ia sentiasa jujur dan berkata benar kepada isterinya.

Selalunya , ramai orang yang pandang remeh dengan perkara kecil  melibatkan hati dan perasaan wanita khususnya dalam kehidupan berumahtangga , perkara sebegini hendaklah diambil serius.

Kejujuran dan kebenaran itu adalah amalan yang baik untuk menjaga keharmonian hubungan suami isteri. Jika sekali membohongi isteri dan sekali  'kantol' ...maka, jika ia bercakap benar sekali pun selepas itu pasti ada keraguan di hati isterinya untuk mempercayai. Rasa kurang percaya atau curiga isteri terhadap suaminya , lama kelamaan akan mengundang rasa tidak hormat dan kerukunan rumahtangga tidak harmoni lagi.

"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga" ...

hendak berkata benar selalu, hendak jujur sentiasa memang susah tapi cubalah..walaupun  kita sedia maklum yang semua orang tidak sempurna dalam menempuhi kehidupannya.

ada juga ketikanya Jujur itu menyakitkan.. saya pernah tulis di sini ; Kejujuran Yang Menyakiti


#Jika ingin mengekalkan kebahagian rumahtangga , elakkan sikap yang tidak jujur terhadap isteri kerana berbohong itu banyak mudarat dari manfaatnya.



[KONTROVERSI] Jangan salahkan suami jika dia ada skandal?


8 comments:

  1. Suka topic ni... jujur suami isteri sudah semestinya... pendek kata jujur juga dalam segala2nya...perbuatan jujur juga dituntut dalam Islam...

    ReplyDelete
  2. salam PCL..

    yup..jujur sesama pasangan itu perlu.. cma tak suka jenis org yg tak jujur sbb cma sendiri tak suka sikap tu..
    thanks sharing PCL..

    ReplyDelete

  3. Bukan saja suami, isteri juga sama-sama perlu jujur selalu. Berbohong adalah seperti mengorek lubang, sekali mengorek lubang akan ada lubang kedua, ketiga dan keempat yang perlu dikorek bagi menutup lubang2 yg dikorek sebelumnya....

    ReplyDelete
  4. berkata benar walaupun pahit..

    ReplyDelete
  5. Ya sekali kena tipu mesti ada rasa ragu-ragu lepasnya.

    ReplyDelete
  6. sekali tertipu pasti akan berhati2,kalau kepercayaan dh hilang bagaimana hubungan nk mesra?

    ReplyDelete
  7. berterus terang itu lebih baik, percaya laa...kalau isteri dapat tahu suami bohong..tipu belakang dia...jika isteri tu dapat tahu sendiri sebelum suami berterus terang, hati isteri akan lebih terluka...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.