Bab Rumah tangga ; Suami Pendiam ?

Saturday, January 04, 2014 PCL 14 Comments

Suami ; yang dikenali oleh isterinya sebelum atau mula-mula berkahwin adalah seorang yang banyak bercakap dan sentiasa ceria.

Senario suami menjadi pendiam dalam rumahtangga dan berubah watak menjadi sebaliknya apabila berada di luar memang banyak berlaku. Memang ada suami yang hanya bersikap pendiam di rumah atau bersama pasangan, tetapi tidak bersikap seperti itu ketika berada bersama rakan atau di luar rumah seperti di tempat kerja.

Ada isteri yang berputus asa dan membiarkan suami dengan sikap pendiamnya asalkan rumah tangga tidak berantakan.. Namun, ada juga wanita yang terus bersabar dan terpaksa memendam perasaan serta terus berada dalam keadaan tertekan. *kalau dah macam tunggul ...suasana makin sugul.

Kenapa Suami Pendiam?

Banyak faktor yang menyebabkan suami menjadi pendiam ketika di rumah dan antaranya ialah tidak wujud lagi hubungan mesra antara pasangan berkenaan seperti mana mereka bercinta dulu. Faktor lain ialah timbul kebosanan suami terhadap kerenah isteri yang selalu mengongkong, banyak bertanya dan asyik membebel tidak berhenti-henti tanpa mengira tempat dan keadaan. *mengaju soalan...lagaknya seperti seorang Pegawai Penyiasat Polis.
Anda sebagai isteri merasakan tindakan itu sudah cukup betul , tetapi hakikatnya...Tidak . *kurang betul !

Untuk ‘protes’ daripada semua itu dan tidak mahu menimbulkan konflik serta keadaan haru biru dalam perhubungan, suami memilih jalan untuk besikap mendiamkan diri. *lagi bercakap banyak lagi isterinya bising.. 

Sikap seperti itu sebenarnya tidak baik untuk hubungan antara suami isteri. Sikap dan tindakan suami itu akan lebih menyakitkan hati isteri yang tidak faham serta tidak tahu apa-apa dipendamkan oleh pasangannya.

Alasan Suami bersikap begitu ; Kerana tiada cerita yang boleh dikongsi bersama atau topik menarik yang perlu dibincangkan dengan isteri. Ini cuma alasan bila dah bosan.., kalau diikutkan pasangan yang bahagia dengan perkongsian hidup bersama isterinya tidak pernah ada perasaan bosan ...ada-ada saja topik yang perlu dibincangkan bersama. semakin hari semakin banyak, bukannya semakin berkurangan.

Mungkin ketika bercinta dulu, sudah banyak perkara dibincangkan bersama sehingga tiada modal lagi untuk dijadikan bahan perbualan...*hah macam tak logik pulak kalau diberi alasan sebegini...kan !

Sindrom suami menjadi pendiam di rumah tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana konflik seperti itu bukan saja membuatkan rumahtangga menjadi hambar, tetapi turut mengundang sehingga berlaku perceraian.

Dari awal lagi di entri yang lalu...Tolenransi antara pasangan harus ada. Wujudkan suasana  rumah kita syurga kita , ceriakan keadaan... luangkan masa bersama. Sebagai pasangan yang perihatin.. buatlah perbincangan mengenai isu kekeluargaan dan tanggung jawab, suami isteri juga boleh berkongsi cerita atau meluahkan perasaan masing-masing mengenai hal di luar seperti masalah di tempat kerja atau tekanan dihadapi...elakkan suasan muram di rumah.

#Kalau dah bosan suasana dirumah...keluarlah sesekali berduaan, cari jalan penyelesaian segera. jangan sampai dah lapuk baru nak ungkit perkara lama . Berdoa dan mohonlah kepadaNya.

#Jika suami pendiam sejak azali lagi...maka tugas isterilah  menceriakan suasana untuk menambah rasa bahagia ~ Semoga ada jalannya..insyaAllah.

nak tanya pembaca  di sini.... Adakah teman hidup yang pendiam itu membosankan ?







[FAKTA] Ramai isteri tidak tahu bagaimana untuk membelai dan memberi kepuasan kepada suami mereka.~ SUPER ISTERI


14 comments:

  1. alhamdulillah..PC dikurniakan suami yang suka bercerita..hehehe..

    ReplyDelete
  2. hehe...bab2x rumah tangga ne saya belum arif sangat

    ReplyDelete
  3. selalunya sbg tanda protes :-)

    ReplyDelete
  4. aiza pun takde experience bab rumahtangga ni lagi.. sekadar membaca entri pcl ini untuk menambah pengetahuan sahaja.. hehe..

    ReplyDelete
  5. aiza pun takde experience bab rumahtangga ni lagi.. sekadar membaca entri pcl ini untuk menambah pengetahuan sahaja.. hehe..

    ReplyDelete
  6. Sslmt berhujing minggu pcl..sya suka teman yg banyak ckp..sbb sya jenis yg pendiam.hehe

    ReplyDelete
  7. Suami yg pendiam ni ada 2 jenis: 1)suami yg dah semulajadi dilahirkan pendiam 2)Suami yg takut bila bercakap banyak tak disenangi isteri...

    ReplyDelete
  8. kena banyak memahami satu sama lain kan pcl..semoga rumah tanga kita bahagia dan di berkati aamiin

    ReplyDelete
  9. terlebih peramah... hehe... sma2 nak bercerita... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...so far dua dua suka bercakap...

    ReplyDelete
  11. suami saya lak kat umah peramah sangt..kalau tengok dia sembang dengan kawan kat luar macam tak sembang je..heheheh

    ReplyDelete
  12. ada kwn yg suaminya pendiam masa mula2 kawin,oleh sbb kwn tu seorg yg periang n ramah,suami dia ikut berubah..,,,

    ReplyDelete
  13. ika takut kalau perubahan macam ni berlaku....hmmmm

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.