Bab Rumah tangga ; Teman Yang Sempurna

Thursday, January 30, 2014 PCL 9 Comments


...Bila majlis kenduri sudah selesai, akad nikah telah dijalankan.., malam pertama pun dah tempuh......?
persoalannya ; adakah sesorang isteri itu telah menjadi isteri yang sempurna untuk suaminya ?

Bagi wanita yang baru bergelar isteri, terlalu jauh perjalanan anda ..pulau harapan masih samar dalam penelitian, bab keibuan pun  tidak pernah dipelajari secara khusus sejak kecil., jadi ke arah manakah tujuan anda?

Memang kekok untuk memulakan sesuatu perjalan yang samar ...tak kira pihak suami , isteri mahupun sesiapa saja akan sampai masanya dan seharusnya mempersiapkan diri dengan rasa tanggungjawab besar yang akan dipikul.

Pada mulanya memang agak sukar untuk merubah keadaan biasa kepada luar dari kebiasaannya bagi wanita khususnya , sudah menjadi isteri mereka wajib mengikut peraturan baru iaitu perintah suaminya.

Ada beberapa rangkaian kehidupan yang harus direnungkan bersama untuk menuju satu arah kesejahteraan hidup berumahtangga .

Apa yang suami mahukan adalah ;

  1. Isteri yang memahami kehendaknya dengan memberikan sepenuh perhatian , bila masa seharusnya suami makan minum dan sebagainya.
  2. Isteri yang menunjukkan minat  terhadap dirinya, pujian yang melimpah ruah tidak akan merugikan anda malahan akan memberikan semangat kepadanya.
  3. Isterinya yang suka berterus terang apa yang terbuku di hati, berceritalah ..berkongsilah dengan cara yang baik, setiap perlakuan suami yang menggugat perasaan dinyatakan di awalan perkahwinan supaya tidak menjadi beban perasaan anda berterusan.
  4. Isteri yang ideal, menimbulkan suasana meriah dalam gurauan dan sifat-sifat yang menyenangkan hatinya.
  5. Isteri yang berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri dan rumahtangga.
  6. Isteri yang bersifat tenang dan sabar dalam menghadapi masalah, sifat terpuji ini akan menbuatkan suami lebih menghargai isterinya.
  7. Kurangkan bercerita kisah silam lebih-lebih lagi perbandingan dengan kekasih lama anda.

Memang begitu sukar untuk mencari kesempurnaan sebagi isteri solehah, oleh itu lakukanlah yang terbaik, jangan cepat lemah jika ada kritikan yang membina dari orang tersayang, usahakan dengan tabah dan penuh perhitungan. 

Hubungan yang intim dengan rasa kasih sayang mendalam akan membuahkan hasil yang baik, apa yang diharapakan semua pasangan ialah zuriat iaitu anak yang lahir dari hubungan kasih sayang suami isteri. Keberhasilan seorang wanita menjadi ibu adalah detik paling berharga bagi isteri yang benar-benar inginkan rumahtangga mereka terus bahagia. Itulah 'hadiah' untuk suami .

#bagi isteri yang masih lagi ternanti detik itu, bersabarlah..dan berusahalah jangan berputus asa.

#[FAKTA] Ramai isteri tidak tahu bagaimana untuk membelai dan memberi kepuasan kepada suami mereka. ~ Super Isteri  ada jawapannya :))












9 comments:


  1. Saling lengkap melengkapi kerana isteri yang baik adalah untuk suami yang baik, baru wujud kesempurnaan dalam rumah tangga. Kalau sebelah pihak saja yg cuba membaiki manakala satu pihak lagi tidak membantu, sukar mencapai kebahagiaan...

    ReplyDelete
  2. suka entri ini.. peringatan untuk nanti bila dah kawin

    ReplyDelete
  3. bunda setuju dengan JR...hidup berumah tangga mesti ada saling faham memahami dan bertolak ansur..

    ReplyDelete
  4. Segala hal yang baik akan mnjdi lebih baik dan yang buruk akan hilang hingga berubah mnjadi baik. Amin

    ReplyDelete
  5. ini berguna utk bakal2 peganting...huhuhu

    ReplyDelete
  6. Info dan pengkongsian yang bagus serta berguna bro... kebahagian rumah tangga... :D

    ReplyDelete
  7. bukan senang nak kawen ni rupanya..

    ReplyDelete
  8. Hmmm.. Lepas nikah nanti boleh la tengok superisteri tu. Hehehe.. Lama tak singgah sini. Dah berwajah baru ekk.. Kekeke. Menjawab pertanyaan unc hari tu, Vee okay je. Baru je sembuh dari fever. Hehee.. Harap unc sekeluarga terus sihat. Take care :)

    ReplyDelete
  9. Nice sharing PCL... Mmg berusaha utk.jadi.yg smpurna wlaupun.kita x smpurna..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.