Bantuan Awal Persekolahan 2014 ; Ibubapa gagal hadir menerima... macam mana?

Saturday, January 18, 2014 PCL 13 Comments

Alhamdulliah , semua ibubapa akan dapat Rm100 insyaAllah  dalam minggu depan untuk pelajar SMKTD, Banting dan sekolah-sekolah yang sewaktu dengannya.


... baru teringat yang aku aku tak dapat hadir pada hari menerima Bantuan Awal Persekolahan 2014  untuk anak aku Nurhanis Umairah yang dijadualkan pada tarikh 22 Januari nanti.

pada tarikh tu aku kat Kluang Johor  menghadiri kursus . Macam mana lah ye nak selesaikan masalah ni ? boleh ke penerimaan ditangguhkan atau diwakilkan sahaja kepada murid ??

mamaD punya cadangan suruh aku tulis surat makluman beserta notis kepada Pengetua sekolah hanis dengan mewakilkan anak bagi pihak ayahnya.....harap dapat persetujuan dari pihak sekolah , mamaD memang tak dapat nak gantikan aku sebab kena jaga murid-murid kat rumah *kalau mamaD mohon cuti, ia akan melibatkan beberapa orang turut cuti kecemasan juga... tak perlu sampai macam tu  rasanya..kesian pulak kepada yang berkenaan.

Untuk tindakan awal, aku perlu  buat seperti yang dicadangkan oleh mamD...mana lah tau boleh diterima pakai.. *mengharap !

#dah siap tulis surat rasmi...hari Isnin minta hanis serahkan kepada guru kelasnya.

#aku akan lapor diri berkursus pada petang esok.... yeah,  Ahad bukan lagi hari cuti mingguan Negeri Johor Darul Takzim...sedia maklum :)

Bantuan Awal Persekolahan ; Ibubapa gagal hadir menerima... macam mana tu?
Ada sesiapa boleh kongsi pengalaman !





13 comments:

  1. Insya Allah,ada surat tu nnti cikgu mesti terima,bersebabkan PCL...

    Salam buat mamaD

    ReplyDelete
  2. Boleh je mcm tu, uncle. No big deal la. Mcm kat skolah Vee dulu, parents tak dtg pun takpa. Anak datang bawa IC, tandatangan tanda dah terima then settle. Gitu jee.. Tp since uncle dh tulis surat, beri je lah. Takut dorang tak percaya Hanis nanti. Hehe.. Jgn risau sgt laa :)

    ReplyDelete
  3. salam PCL.. semoga semuanya dipermudahkan.. :)

    ReplyDelete
  4. Boleh saja.. Pergi amik je kt pjbt sekolah... Cuma jgn lmbt2 sgt.. Sbb nnt duit lbih tu yg x dituntut akn dihntr semula kt pihak kementerian... Itu prosedur kt sekolah sy mngjar

    ReplyDelete
  5. Semoga semuanya dipermudahkan..nak kongsi pengalaman..memang tak tau macam mana nak buat kalau jadi macam ni...hehe...sy doakan semoga segala urusan berjalan dgn lancar

    ReplyDelete
  6. Tradisi kat sekolah anak2 saya di Alor Setar bayaran itu diberi terus kpd pelajar, lain padang lain belalang agaknya.....

    ReplyDelete
  7. x pernah mengalaminya..moga dipermudah urusan pcl...

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan urusan PCL.. aiza takde pengalaman juga bab ni..

    ReplyDelete
  9. my kakak kata ; 1. anak blh ambil . 2. ibu bapa blh ambil kemudian kat pejabat sekolah .

    mudah2n dapat membantu .

    ReplyDelete
  10. Blh je amik.bila2 jika.x dpt hadir.hari tersebut.. Sbb mmg akn disimpan cuma jgn la tgguh lama2.. Nnt duit yg x dituntut tak silap sy akn dipulangkn semula ke kementerian...

    ReplyDelete
  11. boleh ambil PCL, tp kena g sekolah amik kat pejabat

    ReplyDelete
  12. kalau tak silap ika memang boleh je student yang ambil sendiri...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.