Bantuan Awal Persekolahan 2014 ; Ibubapa gagal hadir menerima... macam mana?
Alhamdulliah , semua ibubapa akan dapat Rm100 insyaAllah dalam minggu depan untuk pelajar SMKTD, Banting dan sekolah-sekolah yang sewaktu dengannya.... baru teringat yang aku aku tak dapat hadir pada hari menerima Bantuan Awal Persekolahan 2014 untuk anak aku Nurhanis Umairah yang dijadualkan pada tarikh 22 Januari nanti.
pada tarikh tu aku kat Kluang Johor menghadiri kursus . Macam mana lah ye nak selesaikan masalah ni ? boleh ke penerimaan ditangguhkan atau diwakilkan sahaja kepada murid ??
mamaD punya cadangan suruh aku tulis surat makluman beserta notis kepada Pengetua sekolah hanis dengan mewakilkan anak bagi pihak ayahnya.....harap dapat persetujuan dari pihak sekolah , mamaD memang tak dapat nak gantikan aku sebab kena jaga murid-murid kat rumah *kalau mamaD mohon cuti, ia akan melibatkan beberapa orang turut cuti kecemasan juga... tak perlu sampai macam tu rasanya..kesian pulak kepada yang berkenaan.
Untuk tindakan awal, aku perlu buat seperti yang dicadangkan oleh mamD...mana lah tau boleh diterima pakai.. *mengharap !
#dah siap tulis surat rasmi...hari Isnin minta hanis serahkan kepada guru kelasnya.
#aku akan lapor diri berkursus pada petang esok.... yeah, Ahad bukan lagi hari cuti mingguan Negeri Johor Darul Takzim...sedia maklum :)
Bantuan Awal Persekolahan ; Ibubapa gagal hadir menerima... macam mana tu?
Ada sesiapa boleh kongsi pengalaman !
Tweet
Insya Allah,ada surat tu nnti cikgu mesti terima,bersebabkan PCL...
ReplyDeleteSalam buat mamaD
Boleh je mcm tu, uncle. No big deal la. Mcm kat skolah Vee dulu, parents tak dtg pun takpa. Anak datang bawa IC, tandatangan tanda dah terima then settle. Gitu jee.. Tp since uncle dh tulis surat, beri je lah. Takut dorang tak percaya Hanis nanti. Hehe.. Jgn risau sgt laa :)
ReplyDeletesalam PCL.. semoga semuanya dipermudahkan.. :)
ReplyDeleteBoleh saja.. Pergi amik je kt pjbt sekolah... Cuma jgn lmbt2 sgt.. Sbb nnt duit lbih tu yg x dituntut akn dihntr semula kt pihak kementerian... Itu prosedur kt sekolah sy mngjar
ReplyDeleteOh ye ..boleh mcm tu. T.kasih Maria.
DeleteSemoga semuanya dipermudahkan..nak kongsi pengalaman..memang tak tau macam mana nak buat kalau jadi macam ni...hehe...sy doakan semoga segala urusan berjalan dgn lancar
ReplyDeleteTradisi kat sekolah anak2 saya di Alor Setar bayaran itu diberi terus kpd pelajar, lain padang lain belalang agaknya.....
ReplyDeletex pernah mengalaminya..moga dipermudah urusan pcl...
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan PCL.. aiza takde pengalaman juga bab ni..
ReplyDeletemy kakak kata ; 1. anak blh ambil . 2. ibu bapa blh ambil kemudian kat pejabat sekolah .
ReplyDeletemudah2n dapat membantu .
Blh je amik.bila2 jika.x dpt hadir.hari tersebut.. Sbb mmg akn disimpan cuma jgn la tgguh lama2.. Nnt duit yg x dituntut tak silap sy akn dipulangkn semula ke kementerian...
ReplyDeleteboleh ambil PCL, tp kena g sekolah amik kat pejabat
ReplyDeletekalau tak silap ika memang boleh je student yang ambil sendiri...
ReplyDelete