Faham sangat dengan cara Orang Jepun Bekerja...

Saturday, January 25, 2014 PCL 8 Comments



Bila kena kerja hari sabtu dan hari minggu memang teringat zaman kerja dengan kompeni Jepun...haik ! , ..pengalaman kerja kilang suatu masa dulu di Sp Kedah....Orang Jepun sangat komited dengan kerja...gila kerja , sampai orang tempatan macam aku pon terikut macam depa...

ohaiyo gozaimas ! ...lebih 10 tahun kat sana, banyak jugak lah  Nihongo , bahasa Jepun depa tu masuk dalam kepala nih... kalau masuk kerja 8 pagi, tak boleh lewat seminit pon punch-in, ....lewat je kena potong gaji untuk setengah jam...kejam!

masuk kerja, pagi-pagi dah ada short meeting....hahha sebelum tu kena nyanyi dulu..

Dan...hari ni malahan esok Ahad pon aku kena kerja jugak tapi dalam suasana lain...lebih rileks dan santai gitu..

Okay selamat bekerja kepada rakan-rakan yang bekerja dan selamat bercuti , cuti anda harus berkualiti walau pun anda lepak seharian di rumah , manfaatkanlah sebaiknya dengan ahli keluarga sendiri diutamakan bagi yang sudah punya keluarga tu..hokayy..

mata aimasho  :))




8 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam singgah pagi sabtu..hari ni kita keja macam biasa...esok baru cuti...

    ReplyDelete
  2. orang jepun ni memang pelik sikit.. =P

    ReplyDelete
  3. Arigato PCL San, hait!!....Pengalaman saya pun sama, memang org Jepun dan Korea sangat kuat kerja. Sebab itu mereka boleh jadi bangsa Asia yg paling maju, kerja tak bertangguh dan rasa bersalah jika tak siapkan kerja mengikut spek. Tak macam org Malaysia, especially Melayu, ramai kaki curi tulang, kerja bertangguh, tak amanah. Sedih kadang2 terpaksa meludah ke langit tempiasnya memenuhi muka, apa nak buat dilahirkan Melayu....

    Saya selalu terfikir alangkah beruntungnya jika orang Jepun dan Korea beragama Islam kerana cara kerja mereka banyak menepati ciri2 Islam yg mementingkan amanah dan akauntabiliti...

    ReplyDelete
  4. biasalah disiplin kot orng jepun ne..itulah lah negara mereka maju sangat..jemput join pcl
    jemput join ga saya
    http://hunyieda.blogspot.com/2014/01/giveaway-santai-hunyeda.html

    ReplyDelete
  5. selalu dengar org kata orang jepun hardworking.. time working hours, disiplin mmg diorang titik beratkan.. bila PCL bercerita pengalaman sendiri baru saya tau kebenaran nya.. actually cara gitu pun ada bagusnya.. dpt mendisiplinkan pekerja.. :)

    ReplyDelete
  6. selalu dengar org kata orang jepun hardworking.. time working hours, disiplin mmg diorang titik beratkan.. bila PCL bercerita pengalaman sendiri baru saya tau kebenaran nya.. actually cara gitu pun ada bagusnya.. dpt mendisiplinkan pekerja.. :)

    ReplyDelete
  7. Apa2 pun disiplin org Jepun mmg diketahui satu dunia.. Tepat pada masa, dan sgt berdisiplin..sbb tu juga mantan PM buat Dasar Pandang Ke Timur untuk.ditrapkan dalam peekhidmatan awam suatu ketika dulu...

    ReplyDelete
  8. Banyak benda yang perlu kita belajar dari Jepun , ingat Tun M pernah kata "dasar pandang ke Timur"

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.