Malu kita semua pada batu dan air !

Monday, January 27, 2014 PCL 10 Comments

Dalam kehidupan  seharian, ramai dari kita punya sikap pentingkan diri..
Sukarnya hendak mengikis sikap itu terutamanya dalam masyarakat serba moden penuh dengan kemajuan .

Ada yang berilmu tapi sikapnya masih ditahap bawah... , ini adalah sifat semula jadi yang membawa sikap iaitu cermin diri seseorang. Rata-rata dari kita sudah didedahkan dengan ilmu pendidikan , maka seharusnya ilmu dan sikap itu bergerak seiringan .

Mari kita perhatikan bagaimana Allah swt telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka. Batu tidak pernah mengatakan, ‘Hai air kenapa bunyimu terlalu keras’ Atau air mempersoalkan, ‘Batu, kenapa kau ada di sini.’

Tidak ada persengketaan di antara mereka; Mana hak saya… Mana kewajiban kamu…
Tapi kenapa kita tidak mahu mengambil ‘ibrah dari batu dan air?
Kenapa kita mulai 'bercakaran', memikirkan ini hakku… ini hak saya… Ini kewajibanku… Itu kewajibanmu… Malu kita semua pada batu dan air!

Ini saatnya kita semua bersatu, bekerjasama dalam apa jua keadaan sekali pon terutamanya dalam ukhuwah Islamiyah…

# waima dalam kehidupan bekeluarga juga masih ada yang 'declare' ini kerja suami dan ini tugas isteri...kalau sepatutnya tidak berkira-kira menggalas tanggungjawab ...kan lagi bagus .






10 comments:

  1. Salam... Lama tak mai sini pasai apa tah link ke blog PCL tak terupdate kat bloglist Aina.


    Fitrah manusia...ada sahaja yang tidak kena ada sahaja yang tak puas hatinya.

    ReplyDelete
  2. itu la ragam manusia kan...ada aje yang x kena...harus belajar bersyukur dan menerima kan...

    ReplyDelete

  3. Semangat kekitaan semakin hilang, ramai yg mementingkan diri sendiri, individualistik. KIta ambik hak orang tak apa, orang ambik hak kita tak boleh. Pasti batu dan air sedang tersenyum memerhatikan kita....

    ReplyDelete
  4. fitrah manusia PCL

    p/s - apa kebenda waima tu?

    ReplyDelete
  5. Fitrah manusia yg pnuh ragam dan perasaan... Tapi jika.renung kpd alam dan mkhluk.ciptaan Allah...kita knl siapa kita

    ReplyDelete
  6. @Yana Yani ; Waima tu adalah merupakan perkataan Arab yang bermaksud sama ada...sy selalu teringat PM Najib, kalau beliau beri ucapan mesti ada perkataan tu sekali sekala. kekadang boleh guna juga sama maksud 'walaupun'.

    ReplyDelete
  7. masa baca title tadi husna igt pasal berusaha.. hehehe..

    kekurangan itulah yg akan melengkapkan.. :)

    ReplyDelete
  8. kan? sedih hidup dlm masyarakat mcm ni :(

    ReplyDelete
  9. Perkonngsian yang baik PCL...thanks

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.