MEMBERI SEBELUM DIMINTA

Thursday, January 23, 2014 PCL 4 Comments


Kebanyakan manusia, hatta yang pemurah sekalipun, ada kalanya memberi setelah diminta.
Allah S.W.T. sebaliknya, memberi sebelum diminta oleh makhluk-Nya.

Manusia bersifat pelupa. Sering kali kita lupa meminta apa yang kita sendiri perlukan dalam hidup. Namun, Allah S.W.T Maha Penyayang, Dia memberikan juga kita rezeki, perlindungan, kesihatan dan pimpinan walaupun kita sering lupa untuk memintanya.

Bayangkan apa akan terjadi kepada kita jika Allah S.W.T. memberi hanya apabila kita memintanya?

Boleh bernafaskah kita saat ini sedangkan pagi tadi kita `terlupa' memohon oksigen?

Apakah kita masih beragama Islam pada hal kita sering lupa meminta dikekalkan hidayah ini di dalam diri kita?

Mujur dan syukur, sifat Al-Wahhab Allah itu terus proaktif (jika boleh dikatakan begitu) memberi, sentiasa dan selamanya, walaupun manusia sering lupa memintanya.

#sentiasa bersyukur dengan segala pemberiannya .

...p/s , Orang baru balik dari program/kursus...biasanya memang macam ni...ada keinsafan dalam diri .




4 comments:

  1. Tngn diatas lebih baik dr yg dibwh...

    ReplyDelete
  2. Maka, kini tiba saatnya kita biasakan memberi, memberi dan memberi, bukan selalu meminta, meminta dan meminta.

    Bukankah tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah?

    ReplyDelete
  3. Entri yang menarik.

    Jom singgah ke blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  4. Alangkah baiknya jika semangat yg ditimba semasa kursus menyubur selama bertahun. Pengalaman saya kita akan jadi diri sendiri semula paling lama 2 minggu lepas balik kursus (itu diri sayalah...hehehehe)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.