Catatan Blog Peribadi Boleh Buat Anda Bahagia ?

Monday, February 03, 2014 PCL 14 Comments

Salam..

Difinisikan dengan jelas dalam blog anda tentang apa saja yang membuat anda bahagia. Catatlah perkara-perkara yang paling membahagiakan itu secara berurutan .

Apakah kebahagian itu muncul setelah anda bertemu dengan seseorang tertentu, setelah anda pergi ke tempat tertentu atau setelah anda melakukan amalan kebaikan ?

Apabila anda boleh mengerjakan perkara itu secara rutin / konsisten / istiqamah...kemudian anda mencatat setiap perkara yang dapat membahagiakan anda itu di dalam sebuah catatan (blog umpamanya) , nescaya hanya dalam waktu seminggu anda akan memiliki satu daftar yang dapat membuat anda bahagia yang mudah diingat dan dibuat rujukan.

Kalau sesiapa sudah mulai mencatat dalam entri blog peribadinya , boleh lah godek-godek semula apa yang anda catatkan di dalam entri blog...

#saya selalu baca yang baik-baik saja yang mana entrinya lebih kepada kehidupan dan kekeluargaan... @mencari bahagia

#kebaikan yang dicatatkan bukanlah sekadar mahu menunjuk-nunjuk atau ada sifat riak dalam diri setiap blogger, malah impaknya adalah untuk panduan serta nasihat kepada semua pembaca.

Catatan Blog Peribadi Boleh Buat Saya Bahagia , Anda bagaimana?





14 comments:

  1. saya rasa yelah kot
    sebab saya buat perkara yang sama
    dok membebel pasal anak-anak sebab dioranglah
    sumber kebahagian saya =)

    ReplyDelete

  2. Bahagia, memang bahagia! Apa lagi orang yg hobinya memang menulis sejak kecil, rasa seperti kenyang lepas menulis. Cuma kadang2 kerana terlalu teruja dengan apa yg ditulis tak disedari ia tak disenangi pihak lain (kadang2 saya pernah merasainya begitu....thousand apologies!!)

    ReplyDelete
  3. Yeps.. Suka bila baca balik entry2 tu. Boleh buat tersenyum sorang diri.. Thats why tak nak update entry jiwang dah tahun ni. Kekeke..

    ReplyDelete
  4. berbelog juga merupakan suatu hobi yang menyeronokkan..

    ReplyDelete
  5. Zaman sekarang ni teramat mudah. Mana2 orang yang biasa meluahkan catatan peribadinya di dalam blog bolehlah berbuat demikian kerana ianya lebih mudah dari catatan di dairi peribadi.

    ReplyDelete
  6. Pada saya..blog adalah sejenis diary...cuma catatannya jgn lah terlalu peribadi..

    ReplyDelete
  7. Tapi..biasanya blog catatan peribadi ada ramai pengunjung dan pembaca setia - mungkin kerana identiti dan catatan pengalaman yg exclusive. Sekadar pendapat

    ReplyDelete
  8. Saya rasa bahagia.. selain dari mencatat pengalaman saya bila pergi bercuti atau apa2 saja tentang kehidupan peribadi, saya juga boleh berkongsi pengalaman bersama org lain.. itu pun kalau ada yg boleh terima.. kalau yg tak boleh terima apa yg kita update, tak dapek den nak nolong.. ia juga harus lah jujur & bukan untuk menunjuk2.. kadang2 ada yang tersalah anggap.. itu susah lah kita nak ckap.. huhu

    ReplyDelete
  9. akak setuju kata zaza...yg penting disini niat kita utk berkongsi BUKAN utk menunjuk2 “nauzu billahi min zalik” bkn sng memuaskan hati org lain ... apa yg penting sesama blogger "Berkerjasamaaa..."

    ReplyDelete
  10. Bertambah cunnn err blog PCL skg kakak manis disebelah ...i like :P

    ReplyDelete
  11. assalam,

    bunda tak pula baca balik apa yang telah ditulis yang lepas2...kecuali tak sengaja...

    mungkin dalam masa2 akan datang mana tahu kan ...teragak nak baca balik...

    ReplyDelete
  12. Dulu ea... Tpi skrg, entry peribadi disekat.. Suami sy dh x bg sy coret hal peribadi kerana hal peribadi itu satu privasi yg perlu dipelihara.. Hal peribadi hanya dicatat offline shja..bkn utk.bacaan umum...

    ReplyDelete
  13. ye juga kot..
    tapi yang paling best bila
    baca balik entry sendiri lama-lama..
    seronok gak

    ReplyDelete
  14. bahagia. masing2 ada cara trsndiri untk mncpai kebahagiaan

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.