Gaul Dua Tangan..

Monday, February 24, 2014 PCL 10 Comments

Insiden berlaku depan mata bila aku beratur nak belikan anak-anak ayam goreng di sebuah premis restoran makanan segera petang semalam.

Orang belakang aku masa tu,  seorang suami bersama isterinya dan anak mereka sedang bercakap-cakap sesama mereka sambil menunjuk ke arah tukang masak. Isu gaul ayam pakai tangan...itu yang aku terdengar di telinga ku..

Melihat kejadian tersebut..ada juga beberapa pelanggan lain turut geli geleman bila melihat tukang masak menggaul masakan mereka dengan kedua-dua belang tangan tanpa berlapik  sarung tangan plastik khusus seperti kebiasaan yang kita nampak...Mereka terus berlalu pergi meninggalkan que..

Geli...yeah geli sampai menggeletis badan..., tapi aku okay jer !

#Alasan ; bagi aku, daripada dapur yang tak nampak (tersorok dibelakang ) lebih baik nampak terang-terangan tukang masak buat kerja depan mata..sebab aku yakin dengan kebersihan yang ditunjuk secara terbuka .. walaupun tak pakai sarung tangan...

hemm yes , customer always right.. masing-masing boleh buat pilihan.





10 comments:

  1. gluppp!! mmg better open concept kitchen.. tapi kebersihan harus kena jaga..

    ReplyDelete
  2. Kalau nak gaul ayam banyak2 mana larat satu tangan sahaja. Tengok kalau kat tempat kenduri org buat kerja guna 2 tangan sekali!

    ReplyDelete
  3. Ida pun sebenarnya takde la penggeli sgt... klu kita npk dan yakin kebersihannya... contoh macam kat McD atau KFC... ida boleh makan

    ReplyDelete

  4. Apa salahnya gunakan dua tangan jika kedua-duanya bersih kan?? Dua tangan yang bersih lebih meyakinkan dari satu tangan yang tak bersih..

    ReplyDelete
  5. maybe sebelum tu dia dah cuci tangan dia bersih2.. hehe.. think positive.. :)

    Hai PCL.. ~lambai2~

    ReplyDelete
  6. kalau dia cuci tangan bersih-bersih takpe la juga..

    ReplyDelete
  7. cuci tangan bersih2 dan jangan kuku panjang dan pakai cincin..paham2 ajer ler apa yg boleh tersangkut...

    ReplyDelete
  8. Sebelah blh diterima lagi... Bila guna dua-dua tu.. Erk... Putus selera...

    ReplyDelete
  9. kalau kedua tangan bersih apa salahnya...kalau pakai sarung tangan plastik tu lebih baik kot..

    ReplyDelete
  10. terlupa pakai kot...tp x tau la...kalau tangan bersih ok kot..cuma metality masyarakat kita la...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.