Kayu Kemuning Hitam
Kemuning Hitam
Kayu ni memang susah nak jumpa sebab ianya adalah teras pokok kemuning yang tertanam dalam batu sekian lama. Bukan calang-calang orang boleh mendapatkannya, kalau dapat boleh buat duit ; ramai yang hendak memilikinya dari berbagai tujuan dan khasiat. Kemuning Hitam berkhasiat merawat pelbagai penyakit
Aku tertarik dengan warna dia, hitam menawan cantik kalau nak buat batu cincin, buah loket dan sebagainya bagi perhiasan wanita, memang cantik kalau rajin untuk mengilatkan atau membentuknya menjadi sesuatu yang menarik dipandang
Aku membelinya semasa Ustaz Sharhan datang ke Masjid At-Taqwa berceramah di Banting baru-baru ni..
Selain tu, kayu kemuning hitam boleh juga direndam dalam air panas untuk mendapatkan airnya yang kekuningan nampak semacam minyak petrol.
Kemuning Hitam berkhasiat merawat pelbagai penyakit
Khabarnya ada khasiat-khasiat tertentu. ..boleh google bagi sesiapa yang mahu tau lebih., ramai orang dah bagi testimoni namun aku membelinya sebagai bahan koleksi sahaja.
Aku nak tanyalah kepada pembaca di sini kot-kotlah siapa yang pernah mengamalkan minum air daripadanya...boleh la kongsikan juga apa khasiatnya. Suatu yang baik-baik tak perlu dirahsiakah dan jikalau berlaku sebaliknya pun bagus juga untuk kita sebagai panduan dan nasihat.
Antara penyakit yang menunjukkan kesan terbaik adalah kecing manis ; caranya hanya meminum air rendaman dari kayu kemuning hitam ini setiap pagi sebelum sarapan sehingga bacaan menunjukkan kadar gula dalam kencing turun kepada tahap yang dikehendaki.
Boleh baca info sini untuk lain-lain kegunaan.
pcl,tak pernah dengar pun pasal nie sehinggalah di entrikan..nak tau jugak khasiatnya..
ReplyDeletesalam PCL .. saya baru perasan dah lama blog PCL tak de dalam blog list saya...
ReplyDeletesaya dah add semula... ;)
Bila teringat kemuning teringat watak-watak dalam cerita purba - pokok kemuning, akar kemuning, kampung kemuning....Khasiatnya? Tak tau pula apa khasiatnya. Tapi biasanya benda2 yg susah dapat ni ada misterinya, seperti Tongkat Ali jugak...
Rasa mcm arwah tok sy de simpn..tpi entah la kmana dh hilang...
ReplyDeleteMane nak cari? Kalo tau bole call 0172872489... Sgt2 memerlukan
ReplyDeletekalau buat tempat pemotong ikan boleh kot
ReplyDeletebukan saja melayu yg cari teras kayu ni,cina pun cari...hari tu membe aku cina ada dpt teras kayu ni berat dalam 20kg lebih...ada membe dari johor ambil dengan harga rm6000...bukan cerita dongeng tapi kenyataan...aku sempat ambil sebahagian...kalau google leh taula khasiatnya...tapi ini pemakaian org2 lama bila masuk hutan...test guna sendiri kalau nak tau betul atau tak..
ReplyDeleteAssalam....memang betul kayu kemuning ni mahal...sy sendiri ada beberapa jenis kayu kemuning ni....klu di buat sarung parang atau Keri's...harha boleh mencecah RM600 keatas....malahan sampai ribuan ringgit pun ada....khasiat nya juga pelbagai....tp jgn sampai taksub...kita hanya perlu yakin pd Allah....kerana dia yg menjadikan semuanya..
Delete