Kenapa masih ada resah dalam jiwa seseorang itu ?

Wednesday, February 05, 2014 PCL 13 Comments

Salam ;

.... Nak cari jodoh ni bukan mudah... tapi tidaklah susah sangat . Carilah yang sayang kepada kita seadanya, bukan mengada-ngada. Cantik di mata belum tentu bahagia. Sedap di pandang bukan boleh bagi perut kenyang...

Kekayaan bukan diukur pada kebendaan. Kebahagiaan pulak bukan diukur pada ketampanan dan keayuan seseorang...

Akan tiba suatu masa , ..yang cantik dah suram, yang kacak dah masam. Di sinilah kasih sayang memainkan peranan pentingnya. Kasihnya kita pada pasangan boleh membuatkan kita akan melakukan apa juga supaya pasangan yang kita sayang nampak cantik dan indah di pandangan kita sendiri sebagai suami kepada isterinya...

Yang masam nak dimaniskan, inilah cabaran.
Yang gemuk nak dikuruskan, ini juga cabaran..
Yang longgar nak diketatkan, ini memang mencabar...

# Cantik tak semestinya pada luaran.

Kemaskan diri sebaik mungkin kerana orang yang bahagia selalunya adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya. Oranga yang beruntung adalah orang yang banyak hartanya dan banyak melakukan kebaikan dan orang yang mendapat keberkatan adalah orang yang bertambah ilmunya lalu semakin bertambah takwanya.

# Segera perkemaskan mana yang lompong itu..

..tapi kenapa masih ada resah dalam jiwa  seseorang itu ?





13 comments:

  1. bagus entry ni PCL. thanks for sharing. pandai PCL susun kata. terbaik!(maaf lama x singgah sini. baru naik kerja dari cuti panjangggggg. hehehe)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan singgah sini PCL...entri yang menarik untuk kita semua..

    ReplyDelete
  3. yang penting, tepuk dada tanya hati kita... :)

    ReplyDelete
  4. setuju dengan komen kak kathy diatas..

    ReplyDelete
  5. nice sharing P.C.L...Betul tu jodoh tu tak semestinya yang terlalu kacak dan yang terlalu cantik.. yang penting sama sama boleh tolak ansur kan..

    ReplyDelete
  6. salam pcl, nk tambah satu nie, yg kedut nak ditegang kan...
    yg bterjuntai nak ditegakkan.

    ini semua cabaran juga..hehehe

    ReplyDelete
  7. salam pcl, nk tambah satu nie, yg kedut nak ditegang kan...
    yg bterjuntai nak ditegakkan.

    ini semua cabaran juga..hehehe

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Semoga Allah memberi ketenangan dan kesabaran berterusan buat kita. Amin.

    ReplyDelete
  9. mungkin kerana manusia tu tak pernah rasa cukup kot PCL.. ketenangan itu memang satu kebahagiaan. :))

    ReplyDelete
  10. Syukur antara cara hilangkn resah dan gelisah...

    ReplyDelete
  11. SA suka entry ni...sangat2 memberi makna buat SA...masih ada resah di hati sebab takut nanti x boleh berikan yang terbaik dan x dapat yang terbaik seperti yang diharapkan...semoga insan yang SA syg ini yang paling baik abtara yang terbaik...amin...

    ReplyDelete
  12. Bagus entri ni. Membawa makna yang mendalam sekali :)

    ReplyDelete
  13. cantik itu subjektif.. hehe :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.