Kita masih lebih baik daripada ribuan orang lain..

Friday, February 07, 2014 PCL 13 Comments


Salam ;

...Manusia dengan berbagai karenah, kita juga manusia ...lantas hadapilah sesama kita dengan keadaan yang sesuai. Maklumkan apa yang tidak sengaja yang telah dilakukan , ketahuilah bahawa ini merupakan sunnatullah pada manusia dan kehidupan itu sendiri.

Jangan hidup dalam lingkungan idealisma sempit tetapi hidup hendaklah hidup dengan realiti kita sendiri. Kita tidak selayaknya mengharapkan kenikmatan dan kejayaan sebagaimana yang ada pada orang lain sedangkan kita sendiri tidak mampu meraihnya. Oleh kerana itu, jadilah orang yang adil (mampu meletak sesuatu pada tempatnya).

Hidup bersederhana dan jauhi semua hidup berfoya-foya, pembaziran dan berlebih-lebihan sebab setiap kali badan diajak berfoya-foya maka jiwa akan semakin terhimpit.

Ushakanlah selalu membaca zikir kepada Allah sebab ia akan menjadi penjaga dan pelindung kita. Di dalam zikir ada kebenaran dan petunjuk yang akan membuat waktu kita menjadi lebih bermakna.

Aturkanlah semua kegiatan kita, jangan menghimpunkan pekerjaan untuk dikerjakan pada waktu yang sama. dan dalam waktu tertentu  luangkanlah beberapa waktu di antaranya untuk berehat agar hasil yang akan diperolehi akan lebih baik.

Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kita dari segi tubuh badan, rupa, harta, pekerjaan dan keluarga, semoga ada kesedaran dalam diri bahawa ...

# Kita masih lebih baik daripada ribuan orang lain.




13 comments:

  1. terlalu banyak sekarang nie dilihat umat islam yang suka merendah2kan orang lain dan mengagungkan perkara lain yang tidak wajar diagungkan...bukan sekadar buka mata dan telinga..tetapi bukalah hati dan lihat sejauh mana kehidupan kita dalam dunia ini..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum PakcikLie PCL. in shaa Allah. Takkan lupa dan bersederhana dalam hidup. terima kasih untuk nasihat berguna ni. Salam Sayyidul Ayyam (",)

    ReplyDelete
  3. diorang x sedar..1 jari menuding salah orang lain tp 4 jari lagi menuding ke diri sendiri...peringatan untuk diri sendiri jugak...thanks for sharing PCL

    ReplyDelete
  4. salam jumaat posting terbaik..

    ReplyDelete
  5. salam jumaat,

    peringatan yang bermanfaat..

    ReplyDelete
  6. Tazkirah Jumaat yg terbaik, semoga kita menjadi Muslim yang memahami Islam luaran dan dalaman....

    ReplyDelete
  7. bersyukur dgn apa yg kita ada. Allah dh rancang yg trbaik untk kita

    ReplyDelete
  8. Syukur Alhamdulillah kita masih bernafas hari ini serta masih berpeluang menikmati kebesaran dan rahmat Allah

    ReplyDelete
  9. Syukur Alhamdulillah kita masih bernafas hari ini serta masih berpeluang menikmati kebesaran dan rahmat Allah

    ReplyDelete
  10. In shaa Allah.. perkongsian yg sgt baik utk peringatan & renungan kita semua.. T kasih & salam Jumaat PCL.. :)

    ReplyDelete
  11. Renunagn dan muhasabah diri.. Think positif ttg diri sendiri... :-)

    ReplyDelete
  12. Motivasi yang sungguh baik PCL..Betul sekali tu..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.