Marilah kita renungkan bersama tentang Bahagia ...

Saturday, February 15, 2014 PCL 6 Comments

Mencari Kebahagiaan Yang Hakiki

.....Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah. Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang mengutip paling sedikit.Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya. Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka..'

Pernahkah kita bertanya dengan diri kita, adakah kita ini di antara orang yang bahagia?
Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia.

Kalau begitu, ternyata ukuran bahagia itu tidak terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dengan peluang melancong ke merata tempat. Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya ? Marilah kita renungkan bersama.....

# terima kasih cikgu Laniaz Nadiba ...



6 comments:

  1. Bahagia sst yg subjektif... Tpi bhgia yg hakiki bila kita dapat manfaatkn hidup ni selari dengan tujuan penciptaan kita di dunia...

    ReplyDelete
  2. Kebahagian itu bukan sahaja dalam bentuk wang atau harta benda ...tetapi kebahagiaan yang hakiki datangnya dari hati yang tenang , bersih dan jauh dari penyakit rohani dan jasmani...

    sekiranya ada wang dan harta benda dan keluarga yang saling menghormati dan sayang menyayangi itu adalah bonus dan pelengkap kebahagiaan yang kita cari...

    wallahu'alam..

    ReplyDelete
  3. sentiasa mensyukuri apa yang ada... susah nak cakap bahagia tu macam mana... huhuhuh terlalu subjektif..

    ReplyDelete
  4. bahagia itu subjektif.. ada orang yang berasa bahagia apabila dilimpahi dengan kesenangan serta kekayaan.. ada pula orang yang miskin tetap merasa bahagia dengan kehidupannya.. apa yang penting perlulah mensyukuri nikmat kurniaan Allah walaupun sedikit.. insya-Allah hati akan sentiasa bahagia..

    ReplyDelete
  5. Bahagia sesuatu yg sangat abstrak. Kadang2 kita tak rasa bahagia tapi bagi orang lain mereka melihat kita sangat bahagia. Kadang2 kita rasa bahagia tapi orang pulak kata kita bermasalah..Bagi saya apa yang penting, apa yang kita rasa dan Allah kata tentang kita, apa penilaian orang tentang kita itu persoalan kedua...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.