Spontan saya bertempat kot..... ! hahha, insyaAllah.

Sunday, February 16, 2014 Nazlee Ismail 8 Comments


...kami laki bini memang biasa....., makan sarapan kat luar setiap hari cuti Sabtu dan Ahad....sedang makan-makan sarapan di sebuah warung kesukaan ramai warga Banting kat sini khususnya di Jalan Kanchung Darat-Morib ..kedengararan bunyi kuat "perrrap !!" memecah kekhusyukan para pelanggan yang sedang makan.

Semua orang kat situ memandang ke arah meja sebelah kami, masa yang sama kami sedang menikmati nasi kerabu dan koeytiau goreng sambal sotong .. begitu juga dengan yang lain-lain dengan menu pilihan masing-masing.

Spontan ! ... sebelah tangan aku menahan badan seorang lelaki yang sedang memangku anaknya yang masih kecil sambil kedua-dua mereka terkial-kial mengimbangkan badan dari atas kerusi plastik  yang merapuh.

"..terima kasih...terima kasih yer... " , sebelah tangan si ayah menampan lantai sambil mengucapkan terima kasih kat aku...

...dah balik rumah ; dengan spontan juga mamaD bertanya  "kalau yang jatuh tu perempuan...camana tu bangg ?"

#.. Spontan saya bertempat  kot..... ! hahha, insyaAllah.





8 comments:

  1. Haha.. Soalan cepu emas... Hehhe

    ReplyDelete
  2. mujur PCL ada membantu.. memang bertempat tu..

    ReplyDelete

  3. Betul tu...dalam keadaan kecemasan, kadang2 kita bertindak sebelum sempat berfikir. Dalam keadaan kecemasan bantuan dihulur tanpa teringat yg dibantu itu lelaki atau wanita. Saya pernah membantu wanita dan anaknya yang kemalangan. Ketika itu terlupa jantina yang dibantu, yang ingat dalam hati cuma nak membantu sekadar termampu....

    ReplyDelete
  4. kalau awek cun, rezeki la kot! hehehee... mujur brader tu bukan bersaiz XXXL kan. kalau tak, lenguh jugak nak menahan.

    ReplyDelete
  5. enak sekali bisa makan berdua bersama suami tercinta ya sist .

    ReplyDelete
  6. hehe...yang penting niat =)

    p/s - kebelakangan ni susah tinggalkan komen di google +, ke saya sorang aje gitu

    ReplyDelete
  7. Hahahaha.. Cantik soalan tu!! Hahaha.. Good job, uncle, dah tolong dia, tp soalan mamaD tetap cantik. Hahahaa..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.