Beriadah musim panas di Lokasi Panas?

Monday, March 10, 2014 PCL 6 Comments

...hari Sabtu lepas...pagi lagi dah ke Sungkai,  kawasan tanah rancangan Felda.

... lebih 20 tahun dulu aku pernah kali pertama  ke sana. ..pehhh!! dah tak berapa  ingat dah  apa yang aku nampak dulu, tapi satu benda !...yang pasti pandangan aku masih ingatkan rupa bentuk rumah peneroka  felda pada masa tu. Rumah papan berderet tersusun rapi di setiap blok bidang tanah..... tapi sekarang dah banyak rumah-rumah felda  tersebut sudah berubah wajah...memang mantap taraf hidup/ekonomi penduduk felda secara keseluruhannya dari tahun ke tahun.

Siapa sangka,  kalau dulunya. ...ada antara saudara mara  yang mendapat tawaran ke tanah rancangan felda pada pringkat  permulaan penempatan mereka. ...sedikit merasa gusar bersama membawa ahli keluarga keluar dari kampung untuk membina hidup baru di tempat yang baru diteroka. Ramai yang berserah kepada takdir dengan nasib kehidupan mereka. Malah ada khabarnya yang hendak 'lari' balik ke kampung asal..... Itu cerita dulu.

Nah ! ..kita lihat sekarang....sahabat-sahabat  kita ada antaranya adalah anak (genarasi ke 2)   kepada  Peneroka ,  bagaimana BAHAGIANYA   mereka dan ibu bapa mereka di sana...aku sendiri kagum dengan berkat susah payah generasi terdahulu terbukti memberikan perubahan ekonomi dan gaya hidup mereka..

....kami sekeluarga berkesempatan menghadiri majlis walimatul urus sepupu aku di Besout 2, Sungkai Perak.
Dan sebelah petangnya kami menyinggah di Hot Spring Sungai Klah. ..namun ada suara-suara berkata ;

" cuaca panas-panas gini. .buat apa mandi kolam air panas !!"

...tak apalah,  apa pun telahan mereka... kami sekeluarga dapat bersama-sama bersantai di sini...selain kolam air panas , di sana juga terdapat kolam air biasa/sejuk...ramainya ratusan  manusia beriadah sambil menyejukkan badan termasuklah kami kami ni...hihi..



Beriadah musim panas di Lokasi Panas? ...kalau anda tanya apa feel ? jawabnya adalah nyaman dan segar bila usai bersauna di kolam air panas...sempoi !!

p/s ... aku ambil cuti hari ni (Isnin)..haha , selamat berkeja ye kawan-kawan semua..






6 comments:

  1. cam best aje p kolam air panas time panas..hehe
    saya tak pernah pegi

    selamat bercuti PCL

    ReplyDelete
  2. bestnya tgok aktiviti mandi manda macam tu....x kisah la panas ke x panas kan...jeles....

    ReplyDelete
  3. Bestnya...dekat dengan rumah saya..

    ReplyDelete
  4. kampung sy ni.hehe..tapi kami orang felda masuk free..selalunya mandi tengah malam time sejuk2 masuk pulak dalam air panas..rasa nak tertido terus..

    ReplyDelete
  5. tapi saya lebih prefer kalau dapat berendam dalam air sungai yg sejuk.. hehe..

    ReplyDelete
  6. Yg penting riadah bersama klurga yg pnting..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.