Berlaku Adil Terhadap Anak-Anak. .

Monday, March 24, 2014 PCL 10 Comments

Terdapat segelintir ibu bapa yang sengaja memberikan layanan istimewa kepada sebahagian anaknya dengan diberikan berbagai macam pemberian sedangkan yang lain tidak sedemikian.Suatu perbuatan yang kadang kita sebagai ibu bapa tanpa sedari telah mengguris hati anak-anak yang lain.

Menurut pendapat yang kuat, perbuatan seperti itu adalah haram hukumnya berlaku dalam keluarga Islam jika tiada alasan yang mengharuskannya.

Jika ibubapa memberikan anaknya sesuatu berupa ganjaran dengan sebab yang dibenarkan syarak maka hendaklah Ia berniat juga jika anaknya yang lain dalam keadaan yang sama, Ia akan memberinya pula.

Firman Allah dalam surah Al-Maidah: 8 ;
"Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah"

Alangkah bahagianya bila melihat anak-anak mebesar dengan sempurna, syukur alhamdulillah ...syukur ..syukur ni'mat kepadaNya yang memberi rahmat.

Bila cuti sekolah,  semua anak-anak ada di rumah..; rumah makin ceria bila kakak nina ada... hanis suka sangat nampaknya. Hanis... bila dengan kakak nina,  dia lebih aktif...lebih banyak bercakap dari biasa.

# bila adik dapat ganjaran,  akak nak jugak. ..sebaliknya kalau akak dapat pulak si adik tetap berkeras nak jugak-jugak.. Pening kepala abah dan mama melayan kamu..
(dalam hal ini kamu masih beruntung sebab kamu punya 2 beradik saja)





10 comments:

  1. Anak adalah anugerah dan amanah..kita akan dipertanggungjawabkan

    ReplyDelete
  2. Aina ada dua anak lelaki dan 1 perempuan, yang lelaki cool je tak kisah pun kalau yg perempuan beli apa tapi yg perempuan mak beli baju pun dia muncung2 nak jugak.

    ReplyDelete
  3. Dua orang takper lagi...kalau ramai lagi macam2 kerenah nak layan...

    ReplyDelete
  4. klu lbh drp seorg , nak adil kena tgk apa bendanya . klu tak kosong lah poket tuh ...

    ReplyDelete
  5. Walaupun cuba adil seadil-adilnya, tapi kadang2 tanpa sedar ada ibu bapa yang tidak dapat memberi kasih sayang sama rata. Apa lagi bagi mereka yang beranak ramai seperti saya yang ada 6 anak, pasti sukar untuk saya memberi setiap seorang 1/6 kasih sayang, kadang2 ada yang terlebih dan terkurang terutama untuk yang lelaki dan perempuan, juga untuk mereka yang umurnya berbeza, layanan ikut keperluan anak-anak yang berbeza...

    ReplyDelete
  6. YA.. KITA PERLU ADIL DAN SAKSAMA..

    ReplyDelete
  7. betul tu, jangan berbagi2 kasih, nanti ada anak yang terasa hati...anak2 ni kadang2 dia terasa hati dia tak cakap tapi dia tunjukkan melalui perbuatan (memberontak etc)...sebab ika pun pernah mengalami bila adik2 jd mcm tu....sebab abah mama busy berkerja, adik2 lain tak dapat fully aksih sayang dan perhatian, it's so hard for them...tu baru 4 orang...kalau ramai lg, entah macam mana nak berlaku adil terhadap semua anak2...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..

    Setuju sangat..anak2 itu adalah anugerah ilahi.. menjaga juga adalah satu tanggungjawap.. Ibu bapa harus berdoa untuk kesejahteraan anak2 hingga akhir hayat..

    Salam kenal juga :D

    ReplyDelete
  9. comelnya anak-anak PCL
    ni besok menerima pinangan ajelah ye =)

    setuju bab berlaku adil tu
    saya juga buat perkara yang sama

    ReplyDelete
  10. salam. kdg2 anak yg kita paling syg itulah yg akan mengecewakan kita nanti.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.