Info Dari Ladang Ternakan Ulu Yam

Thursday, March 06, 2014 Nazlee Ismail 7 Comments

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar dengan kos sara hidup tinggi, maka ramai orang berlumba-lumba untuk menambahkan pendapatan dan menaikkan taraf ekonomi keluarga khususnya..

Terdapat banyak cabang kerja , banyak bidang tugas yang harus diterokai luar dari kebiasaan kita..kadangnya luar dari kemampuan kita , tapi tak salah kita mencuba..menambah ilmu di dada..

Orang kata kalau tak tahu boleh bertanya , tak pandai teknik boleh belajar , tak reti buat kita ikuti kursus dan sebagainya..

Ladang Ternak Ulu Yam (beralamat di sini) ada mengelolakan Kursusu Jangka Pendek (Farm Biz Talk) seperti berikut ;

Waktu : Sehari (9.00 pagi ~ 5.00ptg)
Hari : Jumaat Sabtu dan Ahad
Yuran : RM200 seorang dan berkumpulan RM500.00 (3 peserta) )

Sijil Penyertaan
Latihan Teori dan latihan praktikal
Khidmat selepas latihan
Diskaun untuk pelajar pratikal dari IPTA dan IPTS (Sila bawa surat dari pihak Pentadbiran)


Intipati Kursus
Farm Talk atau Bisnes talk, bagaimana memulakan, Teknik, Pemasaran dan peluang peluang
Latihan Asas Penternakan, Teknik penjagaan dan latihan praktikal.
Khidmat nasihat selepas kursus
Bantuan PEMASARAN

Sila hubungi : Kak Cik (Zaiton Othman)
emel : uluyamfarm@gmail.com



http://www.uluyamfarm.com/










7 comments:

  1. SALAM PAGI..Mrk yg rajin n tahu merebut peluang tak akan susah hidupnya...kecuali mrk yg asyik berungut n berpangku tangan...

    ReplyDelete

  2. Menyebarkan maklumat sebegini satu usaha murni, semoga ia bermanfaat utk mereka yg berminat...Rezeki ada di mana2 kan, yg penting pandai mencari pintu rezekinya..

    ReplyDelete
  3. Aina & husband hampir nak buka ternakan ayam kg tp masalah tanah terbantut semuanya.

    ReplyDelete
  4. untuk mereka yang ingin mengubah hidup...SA cuma mampu mendoakan yang terbaik buat anda...semoga allah permudahkan..

    ReplyDelete
  5. Tak salah timba ilmu untuk tambah pengetahuan... malah ia satu kelebihan untuk share dgn siapa2 yg memerlukan

    ReplyDelete
  6. wah. siap ada kursus.. boleh la mencuba bagi sesiapa yg berminat..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.