Malu agaknya anak dara aku membonceng motor kapcai ....

Wednesday, March 26, 2014 PCL 7 Comments


Pagi tadi aku nak hantar Hanis ke Perpustakaan Awam ; katanya dah bosan cuti sekolah tak ke mana-mana.. bosan buat homework sorang-sorang... , bosan nak study sorang-sorang.. ; Dia sudah buat janji dengan sahabat baik dia yang sorang tu.

...mulanya cadang aku nak hantar dia naik motosikal je, ni kira kerja senang dan jimat sikit masa/minyak kereta  tapi boleh pulak dia kata tak nak naik motor ! huhuu  ...sebelum ni okay tapi lama dah la , last masa sekolah rendah tahun lepas.. alasan dia takut  nanti tudung kemek bila pakai helmet !!

wahhh ... dah pandai nihhh !!   terpaksa aku start kereta jugak...



lagi satu alasan Hanis... "tak best arr naik motor" ;  malu agaknya anak dara membonceng motor kapcai ...aku agak jer lahhh hi hiii.

#harap dia dan kawannya buat homework betul-betul kat library sana tu.






7 comments:

  1. Assalamualaikum,
    dia sayang tudung tu...kang kemek ;)

    ReplyDelete
  2. betul juga katanya tu PCL, nanti kemek tudung kalau pakai helmet..

    ReplyDelete
  3. skg ada keta...semua nk naik keta..huhu

    ReplyDelete

  4. Kalau PCL bawa anak dara tu naik motor kuasa besar dengan enjin menderum kuat mesti dia setuju kot...? Huhuhuhu...

    ReplyDelete
  5. Tp best kot guna motor. Vee suka! Itu dulu la. Sekarang seram je dengan lori besar2. Ee.. Dah la org kat jln skrg mcm tak kena je. Hari2 guna kereta, hari2 gak terserempak ngan org yg tak reti drive cara betul. Byk kali hampir melanggar dan dilanggar. Tak tau la kalau guna motor masa tu. Huhuu..

    ReplyDelete
  6. betul la tu tudung kemek... nanti tak comey dah... klu tudung kemek... ;)

    ReplyDelete
  7. Memang pun kalau pakai helmet muncung tudung kemek... tapi ada juga caranya kalau takmo kasi kemek... tapi orang tengok pakai helmet cam mr bean laa... hehehehe...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.