Pagi jumaatku. .

Friday, March 28, 2014 Nazlee Ismail 6 Comments

Salam ceria pagi jumaat..

lepas subuh tadi terus bancuh SFD,  ..nilah amalan sejak berbelas hari lepas.  Sebelum perut meragam baik cepat pergi kedai beli sayur dan ikan.. Kami jarang atau memang tak akan simpan stok barang basah untuk seminggu..biasanya dalam 2 hari macam tu je.

aku kerja kat sini kira beruntunglah sangat sebab ofis dekat dengan rumah..jadi biasanya aku santai dengan motor kapcai yang hanis taknak naik tu hahaaa..tak sempat berangan dah sampai kedai :))
...kat kedai ni pulak kedai baru bukak tapi dah ramai orang sebab dia punya harga kot..biasanya macam tu lah...murah mesti ramai orang.

aku kena cepat sebab nak kejar masa santai-santai pun bukannya boleh macam hari-hari cuti minggu. ...kepala ligat dok fikir nak makan apa tenghari nanti.

okay terasa nak beli lala,  kalau kat utara sana kami panggil siput retak seribu...ahaha nala punya panjang dia punya nama. Biaq pi la kann! Rm4.50 sekilo,  aku skop masuk plastik. ...bayar rm3.50 tak sampai sekilo dan beli sayur sawi secekak.. MamaD selalu pesan jangan beli banyak nanti jenuh nak habis kan...3 mulut je pun nak makan. Okay bab beli dah setel...bab nak masak serah pada yang pakar kat rumah.

dah tetntu sarapan mamaD tak sempat nak buat, aku singgah beli karipap 5 biji untuk kami berdua dan minum air limau suam tanpa gula..



#Lagi 5 minit nak ke pukul 8am, aku pecut ke ofis..memang tak sempat berangan atas motor :))


6 comments:

  1. Ceria di pagi hari .. fitrah manusia :D

    ReplyDelete
  2. wah.. mesti sedap mamaD masak nanti.. tengahari pcl balik makan la lepas solat jumaat ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Mizz Aiza; ..mamaD masakkan lala masak kuah dgn serai ala2 sup gitu tp x tumis la..sedap.

      Delete
  3. sayur mmg x perlu byk . lbh baik utk sekali masak jer . klu dok menghadap sayur tu jer dlm seminggu pun naik kembang tekak kan ... cukuplah sebiji karipap utk alas perut ...hehehe

    ReplyDelete
  4. saya pun panggil tu retak seribu
    lama dah tak makan
    terliur pula, nak sikit boleh? hehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.