Sebenarnya aku kesian dia..dan cukup hanya dua !

Tuesday, March 18, 2014 PCL 7 Comments

...kalau isteri ada peluang dan dibukakan pintu hatinya untuk beranak lagi..syukur alhamdulillah.

Kami dikurniakan dua putri ; sudah cukup bersyukur kepadaNya.
Terdapat ramai pasangan sudah bertahun menanti namun belum lagi sampai rezekinya. Begitu bersabar menantikan zuriat penyeri rumahtangga dengan penuh daya usaha dan harapan.

Apa lagi hendak diungkap jika isteri tidak daya lagi oleh kerana trauma detik melahirkan anak sebelum ini...
Bertempis dengan  segala pertanyaan..biasalah itu kan ; ada orang lumrahnya mereka itu dari golongan yang sangat perihatin dengan sekeliling.

"Tak nak ke waris lelaki? "  ..ada juga yang bertanya dan ramai lagi yang menyapa.."Boleh lagi tu..tak kan dua jer, tak nak tambah lagi? " .

Aku senyum sambil menjawab di dalam hati ; "..kalau boleh nak sangat..tapi aku kesian pada dia."
berteka-tekilah sesama mereka dengan mengagak bahawa mungkin rezeki untuk kami mendapat anak lelaki atau anak ke tiga dan seterusnya belum tiba ...

Bagi dia pulak..sambil berseloroh dengan selamba boleh berkata ; "kilang sudah tutup laa. ..nak dapat macam mana lagi ..."

Sebenarnya merancang keluarga atas sebab tertentu dan perasaan trauma (sakit bersalin) anak seterusnya adalah sukar untuk difahami oleh kebanyakan pihak suami ., kerana 'kesakitan' itu tidak dirasakan lantas ada yang mahu menjadikan ia sebagai sebab yang tidak masuk akal untuk bertindak diluar jangkaan.

Antara kenikmatan dan kesakitan kepada seseorang ibu yang melahirkan ; nikmatnaya kalau boleh tiap-tiap tahun mahu beranak sebab prosesnya mudah barangkali  dan jika kesakitan yang dirasa hanyalah besifat datang dan pergi dalam tempoh tertentu , 'kesakitan' bertarung nyawa seolah-olah dilupa begitu sahaja..

aku tidak pernah memaksa dalam kes ini.; aku juga memahami perasaannya cuma berdoa agar dibukakan hati OlehNya ; ...namun aku juga memahami keadaan semasa dimana usia tidak akan menunggu sesiapa, maka itu jugalah logiknya sebagai sebab dan alasan untuk beranak pinak lagi..


Hanis & Nina ..2 putri kesayangan kami.


aku pernah up status di wall facebook tahun lepas ; berkenaan terdapat segelintir ibu-ibu yang mengeluh/frust bila tahu dia termengandung (accidentally) secara sah :

..di antara komen-komen 




7 comments:

  1. SA ni kalau di beri peluang memang nak merasa preggy lagi sekali...memandangkan SA pun dah 36 tahun...9 tahun back to single...tp siapa kita nak menguba. semua tu...jodoh x sampai lagi...kalau la dapat sekali peluang lagi...SA adalah manusia paling happy..

    ReplyDelete
  2. in sya Allah akan ada rezekinya tu...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Tak apa...dah untung tu ada juga 2 orang puteri. Ada orang dah lama kahwin pun tak berpeluang ada anak. Ada orang lain lagi, kahwin pun tak merasa

    ReplyDelete
  4. ISTERI SAYA PERNAH KEGUGURAN 2 KALI SEMASA DI AWAL KANDUNGAN.. NAMUN ALHAMDULILLAH, DAPAT JUGA 2 ORANG BUAT MASA NI..

    ReplyDelete
  5. Isteri saya pula jenis 'suka beranak' :), sebab itu 3 daripada 6 anak kami lahir setahun seorang (sekarang berusia 18, 19, 20). Keguguran pula 3 kali, kalau semuanya hidup anak 9 lah saya, tambah 2 lagi anak boleh buat satu team bola...hehehehe...

    ReplyDelete
  6. faham apa yang PCL alami
    biarlah apa orang nak katakan
    sekurangnya PCL sudah ada dua anak
    ada yang masih belum

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.