Afni Zulaikha .. Birthday dia 1 April !

Wednesday, April 02, 2014 PCL 8 Comments

"alamak lupa la Laikha punya birthday la" ..kata mamaD petang semalam selepas aku balik dari main futsal .

..macam mana boleh tak ingat langsung nih, walau bukan darah daging kami namun rasa ralat jugak...saje je mama dia tak nak ingatkan kami. Afni Zulaikha yang bahsakan dirinya 'laikha' dan kekadang bila bab serius sikit gunakan ganti nama 'saye'  memang rapat dan manja dengan mamaD ; mamaD pula malam sikit baru teringat nak wish birthday..elok-elok je nak hantar sms  , dah ada orang ketuk pintu...rupa-rupanya si kecik tu dengan mama dia (mama fara) hantar kek dan kfc ..suka sangat la kak hanis dapat kek aiskrim !

mungkin ada pembaca konfius dengan panggilan mama-mama kat sini ; Okay untuk lebih jelas...si laikha ni, dia panggil mama betul dia pun mama jugak tapi bila kedua-dua mama ada sekali dalam masa sama,  pandai pulak dia membezakan ...hemm budak cerdik . Sorang mamaNana (mamaD) dan sorang lagi mamaFarah. tapi dengan aku tetap laikha dan lain-lain panggil 'pakcik' walau kak hanis dan kak nina panggil aku 'abah' ;
mungkin lelaki macam aku tak biasa bahasakan abah untuk anak-anak yang bukan darah daging sendiri...payah rasanya , lagi pun feeling ibu/mama tu lebih kuat dengan anak-anak maupun anak jagaan.

okay, tadi cakap pasal budak mulut banyak tu eh..., aku memang suka melayan dia. Posting di fb, aku ada 2-3 kali kongsi video dia sebagai 'penyambut tetamu' di rumah kami bila aku balik makan tengahari dan petang waktu balik kerja...serius dia memang petah bercakap.

aku pernah tanya dia " abah laikha pegi mana naik aeroplane" , jawabnya "abah work kat Shanghai" ..dan tanya lagi "Shanghai tu kat mana ea?" ..dia cakap "Shanghai tu kat Johor la pakcik..hihii..apa la pakcik ni" ..serius boleh gelak dengar dia menjawab walau salah fakta...tapi sudah dibetulkan oleh mamaD ; Shanghai tu kat negeri China , entah mana datang Johor tu tak tau lah..mama dia pun naik hairan mana entah dia 'dapat' !

Bebudak memang cepat belajar sesuatu ; Awas ! kalau nak brcakap sesuatu yang rahsia depan/dekat budak yang boleh 'merakam' setiap patah kata kita....naya nati diulangsiar nya berkali-kali..setakat ni belum berlaku lah; lagi pon xde benda nak sorok pon...aku lagi suka anak-anak yang boleh diajak berbicara.

Bila cakap dengan bebudak ni kita pon jadi macam dorang jugak ahahaa..terasa comel la plak !! *puiii..

#Happy belated birthday to Afni Zulaikha ; dah masuk umur 3 tahun dah dia..









8 comments:

  1. dia sebaya dengan anak sayalah camtu, aisy
    cuma aisy genap 3 tahun hujung tahun nanti
    keleteh dia ye, aisy tak sekeletah tu
    tapi dia lebih pada aksi! hehe
    apapun tolong sampaikan salam peluk cium saya pada dia
    geram tengok rambut lebat dia tu =)

    ReplyDelete
  2. Ingatkan tadi nak ucap tahniah sebab ada 2 mama (2 cawangan)..rupanya mama yang satu lagi bukan isteri PCL....hehehe..

    ReplyDelete
  3. comelnya Laikha....sama macam SA bahasakan diri SA ngan anak2 buah Mama...

    ReplyDelete
  4. Rupa-rupanya Pak Cik nie comel rupanya ..

    *tulis dalam buku nota .

    ReplyDelete
  5. happy belated birthday afni zulaikha.. semoga membesar jadi anak yang solehah.. comelnya dia.. :D

    ReplyDelete
  6. Nengok budaknye pun tau.. mesti petah berkata2.. mesti comel sangat dgn loghat budak2nye tu kan :)

    ReplyDelete
  7. Rmbutnya tu sma stail dgn ank sy.. Kira sebaya gak ni.. 3 tahun...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.