Aku bicara pasal keluarga aku...

Monday, April 07, 2014 PCL 2 Comments

Sarapan pagi..

kami takda penasihat tentang pemakanan sihat , kami memandai yai aje !!

dah selalu makan macam ni ...dan selalu jugak kenyang sampai tengahari, jadi..bila sampai waktu makan tengahari boleh la dikurangkan sikit kuantitinya..

aku bukan apa sangat ; keterlanjuran dalam mengawal pemakanan dan senaman membuatkan kami sekeluarga jadi bertambah disiplin...*bunyinya macam baguss je kan..!

kalau tengok anak-anak dara kami , nina dan hanis memang dah slim sangat body dorang tu...sama macam mama dorang suatu ketika dulu..*sekarang ni pon slim lagi..(y)  ; tapi hanis masih tetap 'belasah' roti canai 2 biji dalam sehari..!!, pernah mama dorang  cakap; "belum kawin , pompuan memang slim lah..kalau tak pandai jaga badan" ; pada fikiran aku,  faktor kegemukan seseorang itu kebanyakan adalah mengikut genetik/baka (ibu/bapa/atok.nenek) mereka.

apa nak risau kalau mak@bapak berbadan kurus...nenek moyang semuanya slim belaka ;  makan ajelah..kalau kadar proses metabolisma dalam badan sudah semulajadi cepat bertindakbalas. apa nak dihairankan lagi!...syukurlah tak perlu bekerja keras untuk semua tu.


"satu utk U , satu utk aiii...minum kita share .."


#suka kata-kata hikmah ni "..kegemukan adalah kelalaian, terlalu banyak makan akan menghilangkan kecerdasan, terlalu banyak tidur adalah kegagalan, terlalu banyak ketawa akan memakan hati dan fikiran yang jahat adalah seksa"

cakap pasal kegemukan ; ramai yang sensitif  *aku tau tu..  Tapi...aku harap ia tidak menjadi isu untuk dibincangkan di sini. Aku bicara pasal keluarga aku...





2 comments:

  1. amboi uncle..hahaha..jangan marah sebab cik akak panggil uncle...

    satu untuk u satu utk i...class gitu...

    satu untuk kak diana...hahaha

    ReplyDelete
  2. tak kisah gemuk ke kurus, jnji sihat... makan pun kna beringat.. mkn sblum lapar dan berhenti sebelum kenyang...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.