An-Namimah ; Maksudnya mengadu domba yang mengheret dosa !

Wednesday, April 09, 2014 Nazlee Ismail 7 Comments

Suatu simpulan bahasa kita "Megadu Domba" iaitu bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik. Sama maksud dengan  perkataan Arab iaitu An-namimah ;

Perbuatan mengadu domba ini sering belaku tanpa sedar dan dipandang ringan oleh masyarakat kita.

Hukum mengadu domba,  Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).

...tahun 2012  lalu saudara Sham Kamikaze ada berkongsi artikel di Fb beliau berkenaan mengadu domba  ; suka aku nak berkongsi di sini untuk manfaat bersama-sama pembaca blog pcl ;



# Antara adu domba yang paling buruk adalah hasutan yang dilakukan terhadap seorang lelaki tentang isterinya atau sebaliknya, dengan maksud untuk merosakkan hubungan tersebut (suami isteri ).




7 comments:

  1. cuba untuk menghindari perkara mengadu domba nie pcl..

    ReplyDelete
  2. Pengadu domba adalah sahabat iblis, mereka gembira melihat orang lain hancur, mereka sedih melihat orang lain bahagia..Tapi ketika mereka bergembira di dunia atas kejayaan menghancurkan orang lain, mereka terlupa Allah telah sediakan satu tempat istimewa untuk mereka dihancurkan di neraka nanti....

    ReplyDelete
  3. jangan suka mengadu domba tidak baik tuh :)

    ReplyDelete
  4. Moga kita dijauhi dari sifat itu...

    ReplyDelete
  5. Saya paling menyampah orang yang suka mengadu domba ni..terutamanya bila dia nak menyelamatkan tengkuknya sendiri

    ReplyDelete
  6. adu domba ni akan trcetus bila ada golongan yg tak puas hati.. mula la nak naikkan crita..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.