Ayat Pengasih dalam keluarga..

Sunday, April 06, 2014 Nazlee Ismail 4 Comments

Hari Ahad ! hari terbaik bagi kami bila selalu dapat menghabiskan masa di rumah bersama insan-insan tersayang. Bangun awal subuh menghirup udaran nyaman di pagi hari....adalah moment yang menenangkan.

..sempat menonton tv9, Rancangan Tanyalah Ustaz jam 7 pagi tadi.. Aku nak kongsikan sikit berkenaan kebahagian rumahtangga, keluarga bahagia dengan Rahsia Surah Al-Fatihah.


"Ada penonton bertanyakan bolehkah membaca Surah al-Fatihah sebanyak 77 kali kepada beras yang nak dimasak dan diniatkan untuk kebahagian rumahtangganya."

Jawab ustaz Sharhan ringkas..katanya "boleh dibaca dan diharuskan tetapi usah dirisaukan tentang kuantiti, maksudnya jumlah bilangan bacaan surah tersebut tidaklah ditetapkan berapa banyak asalkan niat seseorang itu betul. Apa guna baca banyak kali tetapi tidak betul-betul cara baca...
Memadai membaca sekali Al-Fatihah dan harus diberi penekanan tentang niat kita pada ayat "Al-Rahman Al- Rahim" dengan maknanya tersendiri." 

Al-Fatihah ada multi rahsia dan ini adalah pemahaman apa yang aku dapat "tangkap" dan aku kongsikan di sini semoga bermanfaat.

Wallahu'alam, untuk lebih detail lagi boleh merujuk kepada ahli agama/orang yg warak di sekitar anda.

#disertakan makna keseluruhan ayat ;








4 comments:

  1. Berapa hari singgah blog pcl nie.
    Baru hari ini dapat komen alhamdulillah.

    Makseh perkongsian tips nya uncle hihi.
    InsyaALLAH pasti akan dipratikal bila dah berdua nanti insyaALLAH.

    Salam ngan kak diana...Salam ngan anak dara berdua. Lama kak diana tak menulis blog nie..rindu lah dengan entri kak diana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Naomei cik akak ; kakdiana x menulis entri baru sbb dia banyak job..nanti tu adalah..

      Delete
  2. salam singgah. sungguh luas maksud Al-Fatihah kan. tak perlu susah2 nak susuk atau nasi kangkang bagai. cukup saja kebergantungan kepada Allah

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.