Bab Rumah tangga ; Isteri Jangan Menerima Tetamu Lelaki Bila Suami Tiada Di Rumah.

Thursday, April 10, 2014 PCL 7 Comments

..wahai isteri ; kamu senang sangat mendapat fitnah dari jiranmu.. sebab kamu secara tidak sengaja dan  baik sangat terhadap tamu , bukan salahmu pun..., kamu tahu tapi kamu seolah tidak menyangka perkara itu boleh mendatangkan fitnah..

jiramnu itu terlampau perihatin..alhamdulillah , bagus lah ...siapa lagi untuk menegur kalau bukan kalangan tetangga .

Setiap orang Islam wajib menghormati tetamunya, tetapi bagi seorang isteri kenalah belajar dan mengerti tamu yang bagaimana harus diterima bila suaminya tiada di rumah. Untuk menjaga keharmonian rumahtangga dan lebih utama menghindarkan segala fitnah.

Apabila datang seorang tetamu yang ingin berjumpa suaminya atau atas alasan lainnya dan kebetulan suami tidak ada di rumah, maka sebaiknya jangan mengundang tamu itu masuk. Si tetamu tu juga harus 'belajar' ...jangan main redah aje rumah orang dan harus fahami keadaan.

Sudah menjadi tanggungjawab isteri tidak membenarkan lelaki bukan mahramnya masuk semasa ketiadaan suaminya. Jaga maruah seorang isteri supaya jangan difitnah lagi.

Selalunya perkara yang terjadi menyedarkan kita bila ada yang mahu mengur ; anggaplah teguran itu sebagai nasihat yang membawa kepada kebaikkan..

Antara perkara yang harus dipelajari ;

  1. Jika (isteri) berseorangan/bersama anak-anak yang masih kecil , maka elakkanlah dari menerima tetamu lelaki. *perkara sama juga jika suami didatangi tamu wanita bukan mahramnya 
  2. Jika (lelaki) bertandang ke rumah seseorang yang di dalamnya tiada muhrim , maka hendaklah berteman , atau elakkan langsung masuk ke dalam rumah tersebut. 
  3. Kalau perlu sangat; biar dia (tetamu lelaki) masuk dan anda duduk di luar... * ini kes terpaksa contoh kebanyakannya bagi perkhidmatan/servis ..baiki paip bocor/tukang hantar gas dan seumpamanya.     *(kalau risau barangan berharga hilang..Jangan la izin masuk rumah) .
  4. Sentiasa beralasan mengatakan "suami saya tiada di rumah" ... dan selebihnya boleh dikongsikan bersama pembaca di sini di ruangan komen .. (y) .







7 comments:

  1. Mmg xde mkna nk buka pintu.. Jawab salam dlm hati je...

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg sgt bagus PCL..sebagai peringatan kepada semua.. ^_^

    ReplyDelete
  3. ya betul tu..nanti mcm2 kluar dr mulut org..baik elakkan ..

    ReplyDelete
  4. ish mintak dijauhkanla...walau ada orang lain dalam umah even adik beradik ke...mmg x la nak bukak pintu...

    ReplyDelete
  5. agreed tu bro..tetamu yg nak datang tu pun kena mainkan peranan gak..zaman sekarang dah mudah, apa salahnya call dulu and tanya sapa ade kat umah, boleh tak kalau nak datang sekian..sekian date supaya tuan rumah lebih bersedia...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. saya memang selalu kata gitu pada orang lain
    even mak abah nak datang pun saya bagitahu suami dulu
    minta izin, dia kan ketua keluarga
    alasan suami tak ada memang biasa guna

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.