Bab Rumah tangga ; Kewajipan Anak

Monday, April 07, 2014 PCL 8 Comments

gambar hiasan blog
Kita dambakan seorang anak yang soleh/solehah ,  maka perlu tahu akan kewajipan seorang anak terhadap ibubapa yang harus dipenuhi , kita buat untuk ibubapa kita dan sama juga anak-anak akan buat untuk kita ...itulah harapanya walau mereka/kita sendiri tidak menyatakannya secara terang kepada waris kita ..kan! , tapi ada jugak jenis ibu/bapa yang cakap terang-terangan minta balasan...apa pun tak kisah la, cakap pun bukan salah apa cuma nak mengigatkan saja...peringatan/teguran itu adalah nasihat yang baik.

Kewajipan seorang anak terhadap ibu dan bapanya adalah saperti berikut :
  • Selalu mendoakan keampunan Allah swt kepada mereka;
  • Jika mereka memerlukan sesuatu umpamanya makanan/keperluan maka kita harus memberikannya;
  • Jika memerlukan layanan, kita harus memberi layanan yang sebaik-baiknya;
  • Menta'ati perintahnya;
  • Berkata dengan sopan dan tidak menyakiti hatinya;
  • Berjalan dibelakangnya (hormat);
  • Mencari keredhaan darinya;
  • Menjauhi segala sesuatu yang dibencinya;
..seringkali kita digambarkan dengan sikap angkuh anan-anak terhadap 'orang tuanya' ; bila sudah besar dan berjaya,  hilang dan lupa segala pengorbanan mereka yang telah melahir dan mendewasakan mereka.

Ramai juga yang bersikap baik dengan 'orang tuanya' alhamdulillah . Ini berlaku secara realiti dan banyak kisah sudah diadaptasikan kedalam filem/drama untuk memberi kesedaran kepada para penonton. *kalau aku teronton cerita-cerita sedih macam ni mau meleleh ayaq mata..hemmm

Hidup ni singkat dan pendek masa, sekejap masa berlalu.. jadi jangan dipendek-pendekkan lagi dengan kekeruhan apa lagi yang berkaitan dengan silaturrahim kekeluargaan, teman berukhuwah itu sedikit maka jangan dikurangkan lagi dengan perangai cela lagi buruk. Kadangnya yang ramai hanyalah musuh....sudah-sudahlah bermasam muka; berterusanlah jalinkan sillaturrahim sesamam manusia yang sedia terbina.

wallhu'alam ..

 #  Bab Rumahtangga ; Kewajipan Isteri .
 #  Bab Rumahtangga ; Kewajipan Suami .




8 comments:

  1. Berdoa semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  2. saya juga mau jadi anak yang soleh :)

    ReplyDelete

  3. Bagaimana kita melayan ibu bapa kita sekarang begitulah anak-anak akan melayan kita bila sudah tua nanti. Biasanya Tuhan bayar cash dan history repeat itself....

    ReplyDelete
  4. terima kasih di atas peringatan ini PCL.. kasihani dan layanilah ibu bapa dengan baik.. mak aiza duduk dengan aiza sekarang ni..

    ReplyDelete
  5. huuu..thanks for sharing...sy kne slalu ingt diri sy tentang ini :-)

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah.. harap tak lupa diri jugak.. huhu

    ReplyDelete
  7. SESIAPAON MAHU KELUARGANYA MENJADI KELUARGA YANG BAIK-BAIK..

    ReplyDelete
  8. sama-samalah kita ingat mengingati

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.