Bab Rumah tangga ; Kewajipan Isteri
Salam...perkongsian untuk semua terutamanya kaum wanita , moga ada manfaat bersama.1. Bergaul dengan suami secara baik. Menurut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik. (lembut menyusun kata dan manja...biar menggoda untuk suami sahaja)
2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar’ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta’al AI Jibry).
3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di pandangan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.
![]() |
gambar hiasan entri |
4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:
“Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. “
5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumahtangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya kerja itu untuk Allah s.w.t. dan RasulNya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat serta menasihatinya supaya tidak berputus asa.
6. Isteri hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama baik suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah s.a.w. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang baik.
sedikit penambahan dari sumber ini .
> Bab Rumahtangga ; Kewajipan Suami .
Tweet
tapi kena ingat nak merajuk puin kena tgk tempat gak...takan depan tetamu pun nak tunjuk perangai gak,jadi bila ada tetamu dtg tu,isteri yg tgh merajuk tu kena pandai berlakon la sket..haha
ReplyDelete@Kak Tie; ..pengalaman mengajar seseorang kan.. Bagus jugak mcm tu; jaga hubungan baik walau krisis kecik2 tu biasalah tp jgn sampai org luar tau.
DeletePujuk memujuk tu memerlukan bakat seni jugak, bukan semua orang ada bakat itu. Ada isteri pandai memujuk tapi suami ego, ada juga suami (saya kot...? hehehehe) yang pandai memujuk tapi isteri selalu buat jual mahal....
setuju dengan P.C.L
ReplyDeleteni yg wat xsabar nk kawen ni.. nk rasa realiti sebenar suami isteri.. hehehe
ReplyDeletekena belajar memujuk la lepas..seingat saya sejak kahwin tak pernah memujuk..ekekekek
ReplyDeleteIstriku sayang.
ReplyDeleteCN bila merajuk dgn suami, tak dipujuk nya, silap2, encik suami pulak yg merajuk, dah terbalik, nk dipujuk tp terpaksa memujuk ! heheh
ReplyDeleteInfo yg bermnafaat..
ReplyDeletesaya masih lagi dalam proses memperbaiki diri
ReplyDeleteterima kasih untuk nasihat ni
semoga memberi manfaat pada saya