Bab Rumah tangga ; Kewajipan Suami .

Thursday, April 03, 2014 PCL 6 Comments

Salam ; untuk perkongsian bersama moga ada manfaatnya.

1. Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan kerja, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.

2. Suami wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung kos berkenaan. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat bekerjasama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.


gambar hiasan blog

3. Pentadbiran suami di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah s.w.t, terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan rumahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.w, menyifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.

4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah s.w.t.  Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita .

>sumber ini .




6 comments:

  1. SA setuju dengan apa yang PCL katakan...ada jugak suami yang berat sebelah...hurm...

    ReplyDelete
  2. betul tu PCL, cuma masalah zaman sekarang
    ramai suami tidak menyedari tanggungjawab tu
    contoh macam cara pemakaian dan sebagainya
    apapun terima kasih untuk perkongsian ni

    ReplyDelete
  3. sungguh besar tanggungjawab dan amanah yang perlu digalas serta dilaksanakan oleh seorang suami..

    ReplyDelete
  4. Tanggungjawab suami memang amat besar.. perlukan sokongan dari isteri juga anak2 dalam melaksanakan amanah sebagai ketua rumah.

    ReplyDelete
  5. Ada lelaki yang kawen sebab nak diuruskan .bukan menguruskan..heheheh

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.