Berbohong Dalam Perkara Mimipi ; Awas !

Thursday, April 24, 2014 PCL 5 Comments


Hari ni hari gaji bagi kakitangan kerajaan...
Hari ni (khamis) juga hari wajib pakai baju batik bagi kakitangan kerajaan *kecuali negeri2 tertentu.
~saya salah seorang yang tak ikut sangat pekeliling ...


Berbohong Dalam Perkara Mimipi * sat , cerita selanjutnya kat bawah...
~ sukar bagi aku sebab apa yang aku mimpikan semalam tak boleh nak ingat balik..., mimpikah aku? ..taktau! tak ingat! sikit pun tak !... macam pelik jugak dengarnya...

bagi mamaD , dia selalu bercerita apa yang dia mimpikan setiap malam...kadang nampak dia berpeluh , keletihan sebaik bangun tidur...katanya mimpi kejar hantu !....eh bukan , hantu yang kejar dia hahaa... itu sebab dia selalu terlewat sikit banngun dari aku....kalau takda 'alarm penggera' mungkin boleh lajak terlepas subuh..

alhamdulillah , aku senang nak bangun subuh..selalunya sebelum alarm 'ayam berkokok' berbunyi....rahsianya? ; aku pun kurang pasti tapi bukan pasal tak mimpi ke apa.... Semulajadi agaknya ; terima kasih kat Bonda kami sebab beliaulah penggera kami adik beradik sejak kecik dilatih bangun awal. terkesan sampai sekarang. alhamdulillah.

Berbohong Dalam Perkara Mimipi

Sebahagian orang ada yang sengaja mereka-reka cerita mimpi yang tak dialaminya untuk tujuan tertentu misalnya untuk mendapatkan keistimewaan, kemasyhuran, menghimpun harta atau menakut-nakutkan orang yang sedang bermusuhan dengannya dan mungkin tujuan lain seumpamanya.

Ramai yang percaya terhadap mimpi sehingga mereka amat bergantung dengannya. Mereka seperti inilah yang banyak menjadi korban penipuan soal mimpi. Ingatlah ye kawan-kawan, jangan mengada-adakan mimpi pesan Rasulullah saw dalam sabda baginda ;

"Sesungguhnya di antara pembohongan besar adalah seorang yang mengaku (bernasab) kepada selain bapanya, atau bercerita tentang mimpi yang tidak pernah ia alami serta meriwayatkan atas Rasulullah saw sesuatu yang tidak pernah Baginda katakan.." (Hadith Riwayat al Bukhar, Fathul Bari 6/540)

#berhati-hati dalam mentafsir mimpi
#jangan sampai diulit mimipi
#mimpi yang tak sudah




5 comments:

  1. ini kes.. telek dripada mimpi.. pling x suka memperbesarkan2 mimpi yg dia dpat utk kmasyuran..mintak dijauhkan pcl :P

    ReplyDelete
  2. mimpi sekadar mainan tido..kalau mimpi petanda sekali pun peringatan untuk diri sendiri..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. X suka melayan mimpi...smaa ada baik atau buruk...

    ReplyDelete
  5. Kalau mimpi pelik-pelik sally abaikan je..kalau mimpi best je baru nak ingat...macam mimpi g melancong ke..ehee :P

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.