Geram kat cicak !

Monday, April 21, 2014 PCL 5 Comments

#Ahad ...peluh bercerau memercik keseluruhan badan dan sampai menitis atas lantai tanpa perlu pi gym , tanpa perlu cari geng nak turun main futsal ..hah ! macam tu lah gambarannya...bertapa banyaknya kalori terbakar dalam badan aku ni.. nyaman je rasa, ..ringan je rasa badan ni tapi kena lah workout !

... mengemas rumah kalau dilakukan secara berjemaah memang tak terasa penantnya, kalau itu rumah kita sendiri lagi la semangat nak bagi kemas...ada sebahagian orang bukan suri rumah sepenuh masa terutamanya, kalau dah dapat je info kata ada keluarga nak bertandang maka 'melompat' la kalang kabut nak buat itu ini... cuci sawang/habuk , mop lantai dan sebagainya haha...emm nampak sangat rajinnya tu..lagi-lagi kalau yang nak mai tu mak mentua kann !

...masalah yang sukar nak diatasi ; ..najis cicak banyak sangat , dulu pernah sekali buat ops tembak cicak tapi tak terdaya nak buat selalu, ..dah cuba letak racun cicak pun sama tak menjadi jugak ...*ada petua ke selain letak racun/ubat bunuh cicak ?

AWAS ! jangan ada yg bagi idea suruh aku bako je kuarters kerajaan ni .. hah jangan !

wah..sempoi jer dia posing atas siling !









5 comments:

  1. saya pun dah tak terlarat nak melayan cicak-cicak nih

    ReplyDelete
  2. Nasib baik dalam rumah saya jarang2 nampak cicak. Tapi di luar rumah dekat garaj kereta memang banyak juga. Pagi2 selalu kereta dicat putih oleh najisnya, benci sungguh kena tolong basuh beraknya....

    ReplyDelete
  3. pelihara kucing sahaja untuk tangkap cicak!

    ReplyDelete
  4. Bab cicak ni masalah besar sebab dia suka main sembunyi2 bila kita gigih carik dia.

    ReplyDelete
  5. hehe...kelakau pula cite ni
    anak saya si aisy paling takut dengan cicak =)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.