Jangan tunggu kaku baru nak buat sesuatu..

Thursday, April 10, 2014 Nazlee Ismail 5 Comments

..setiap petang,  janji pukul 6... sudah sedia menanti rakan futsal kami ; tujuan utamanya sekadar mengeluarkan peluh dengan cara sihat .

dalam beberapa hari , stright  game main macan nak pengsan tau ! ,  tapi hati tetap berkeras nak buat jugak..

semakin hari semakin kurang rakan yang datang join...ada yang mengadu demam dan sakit-sakit badan sebab kata diaorang  "kita dah lama tak praktis , tak main macam dulu-dulu..."  *dulu kami aktif...sorang demi sorang dah berkeluarga...keluarga lebih utama, hasilnya ...berat badan sorang demi sorang naik macam belon kena pam  hihii  ;)

Okay ..takda hal, baru nak mula semagat...Walaupun tak ramai rakan yang punya masa turun padang, namun rutin tetap diteruskan. ..kadang tu aku dan jiran sebelah hanya berdua atau bertiga... sepak dan kejar bola yang nampak macam 'orang gila' ...haha.

Apa pun kena konsisten...Kalau tak konsisten exercise mana nak dapat hasil yang diimpikan tuuu....

Kalau duduk-duduk saja depan tv tanpa bersenam boleh buat badan jadi lemau macam roti masuk angin , nak dimakan tak lalu , nak dibuang rasanya semut pun tak hingin !

# Masa makin singkat , umur makin meningkat.
# Jangan tunggu kaku baru nak buat sesuatu...

.... terlambat !


ready.. !

"Kehidupan ini adalah kesempatan yang hanya boleh dirasakan setelah kita kehilangan, sedangkan kesihatan itu adalah mahkota yang bersemayam di atas kepala orang yang sihat yang mana hanya boleh dilihat oleh orang yang sakit"





5 comments:

  1. Rebut sementara peluang masih ada.

    ReplyDelete

  2. Saya tak berfutsal atau riadah berkumpulan yang lain kerana saya tak suka mengikut angin orang, bila tak cukup korum tak boleh diteruskan riadah tu. Saya suka berjoging secara solo, hampir setiap hari berjoging. Joging secara solo lebih menyeronokkan, tak perlu ikut angin orang...Dan bila hari-hari berjoging menjadikan kita ketagih, sebab tu bulan puasa juga saya masih berjoging, kalau hujan rintik-rintik masih teruskan aktiviti itu sebab dah ketagih...

    ReplyDelete
  3. bagi org perempuan, buat kerja rumah pon dh ckup.. mmg bpeluh2.. :p

    ReplyDelete
  4. wah ayat tu memang cik akak tabik spring...apa yang penting..tak kira umur...cepat2 fikir2 yang akan berlaku....

    ReplyDelete
  5. betul juga kan pcl
    ada buat warm up tak
    salah satu sebab kenapa badan sakit lepas bersenam
    adalah sebab tak warm up
    cikgu saya yang kata camtu dulu =)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.