No Boyfriend No Problem !

Monday, April 28, 2014 PCL 6 Comments


(Sabtu @ Low Yat  & Berjaya Time Square) ... repair aku punya laptop, ..keyboard ada problem dengan beberapa huruf dan nombor bila ditekan kekuncinya tak boleh berfungsi....memang kerja menaip jadi leceh bila nak buat entri atau taip komen dan sebagainya..ada saja typo.

bereh..! puas hati dah selamat repair.

Akhirnya...masalah itu selesai bila keyboard Asus diganti baru. ..sekarang ni laju jer menaip. Harap tak terlepas typo error lagi.

Sebelum ke Low Yat kami merayau dulu kat TS ; Hanis dan Nina nak cari t-shirt.. Suka bila depa ternampak baju yang bercop "No Boyfriend No Problem".. Nampak nina membelek-belek baju tu...tapi biasalah tak mau dia pakai kalau belikan sekali pun...

No Boyfriend No Problem ! ..u ada boyfriend ? ..tanya penjual tu pada Nina

...zaman uncle muda dulu kan ; kalau ada yang bertanya... "eh sapa tu ?  marka ? ..tu adik angkat aku je la"  *memamg jarang anak-anak muda nak mengaku ada boyfriend/girlfriend bagai...masa tu yang lebih biasa adalah panggilan adik/abang/kakak angkat ....

#nordiana tu bukan adik angkat aku, tapi dia 'marka aku' hihii...my loeving couple forever !

ada lagi yang aku ingat masa dulu... .. selain 'angkat' istilah 'sahabat pena' yang main-main balas surat tu  juga popular..haha, bukan apa sahabat pena / 'pen pal' dengan kenalan luar negara boleh memberikan kesempatan untuk berkomunikasi secara efektif dalam English ..tau tu . Tapi tu dulu  lah ..sekarang ni fb/email lebih  maju..

*penat sampai lenguh kaki ; berjalan kaki kami merayau-rayau di sana dari pukul 1 sampai 7 petang.











6 comments:

  1. Kalau anak-anak kita no boyfriend atau no girlfriend memang no problem. Yang jadi problem ialah bila ayah mereka ada girl friend, memang huru hara rumah....hihihihi.. :)

    ReplyDelete
  2. SA pun x berani nak pakai baju tu..hehehe....apapun macam2 dah sekarang kan...tp ada betulnya..no boyfriend no Problem..

    ReplyDelete
  3. Tak apa puas hati layan kesayangan...

    ReplyDelete
  4. Istilah anak2 muda sekarang ni yang selalu dengar...BFF....best friend forever...hehe..

    ReplyDelete
  5. Yes! no boyfriend no problem janji happy

    ReplyDelete
  6. Hehe... Xde mslh punkn xde bf... Hehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.