One Day Snorkeling Trip - Koh Lipe Ground Package RM210/person (Y2014)

Tuesday, April 22, 2014 PCL 3 Comments

 One Day Snorkeling Trip - Koh Lipe Ground Package  RM210/person (Y2014) 

 Untuk pertanyaan ~ KOH LIPE Graound Package ;
 Email : nazli.angkasa@gmail.com / karlisahalim@gmail.com
Whatsapp : 0174009726








Aturcara perjalanan di Koh Lipe / Lipe Island
10:00 pagi  - Bertolak ke Lipe Island dengan Speed Boat
11:30 pagi  - Sampai di Lipe Island - Aktiviti Snorkeling
01:30 T'hari - Bertolak ke Hadsalkhaw - Pantai Rawi - makan T'hari dalam boat.
02:30 ptg - Bertolak ke Adang,- aktiviti snorkeling
05:00 ptg - Bertolak ke Pak Bara dan singgah sebentar di Khai Island
06:30 ptg - Sampai di Pak Bara

Harga Termasuk : Speed Boat - Boat untuk aktiviti snorkeling - Makan t'hari dan minuman , Yuran Taman Negara.

*Kalau perlukan bilik di Pak Bara (bermalam) ; tambahan RM50 ( jadi RM260 )

*Kanak kanak (0 - 4 thn) Percuma , (5 - 8 thn) 50% , (9 - 11 thn) 70% , (12 thn) harga dewasa.

*Ground Package Minima 2 dewasa.

Untuk pertanyaan ~ KOH LIPE Graound Package ;
Email : nazli.angkasa@gmail.com / karlisahalim@gmail.com






PANDUAN PERJALANAN KE KOH LIPE

Koh Lipe / Lipe Island ~ terletak di Wilayah Satun yang bersempadan dengan negeri Perlis di utara Malaysia. 


1. Berkereta Sendiri atau Bas/Van Rombongan

Melalui Lebuhraya Utara Selatan (plus) sehingga ke Pekan Changloon Kedah. Dari Pekan Changloon anda memandu terus menghala ke Bukit Kayu Hitam. Lebih kurang 1.5 KM anda membelok ke kiri dan mengikuti Lebuhraya ke Kuala Perlis. Dari sini anda memandu lebih kurang 20 minit atau lebih kurang 20KM, anda belok kiri ke jalan Chuping/Padang Besar. Di persimpangan jejantas, anda belok ke kanan dan mengikuti Jalan Chuping/Padang Besar. Anda memandu terus ke Padang Besar. Bila sampai berhampiran Pekan Padang Besar, ada sebuah persimpangan dan anda belok ke kanan. Anda memandu sehingga melepasi check point UPP Felda Mata Air Perlis. Lebih kurang 11 KM dari simpang Pekan Padang Besar atau memandu lebih kurang 10 minit anda akan menemui satu lagi simpang dan membelok ke kanan untuk ke Kaki Bukit dan Wang Kelian. Dari simpang berkenaan anda memandu terus dan ada pendakian bukit dan penurunan bukit dan terus memandu sehinggalah anda memjumpai Stesen Minyak Caltex.

Anda dinasihat mengisi minyak 'Tangki Penuh' kerana minyak di Thailand harga sangat mahal. Selepas itu memandu terus ke Check Point Wang Kelian untuk urusan Passport. Setelah siap segala urusan Imegresen Malaysia, anda memandu ke pintu sempadan Thailand. Selesaikan urusan imegresen Thailand. *(klik - Prosedur Bawa Kereta ke Thailand)



Siap urusan, anda memandu sehingga melepasi 3 check point polis dan tentera Thailand sehinggalah menemui simpang ke Pekan Chalung. Kampung berhampiran simpang tersebut dipanggil Kubang Belut Satun. Jarak lebih kurang 15KM dari border. Dari Simpang Kubang Belut Satun ke Chalung lebih kurang 10 KM.

Sampai di satu persimpangan belok kanan, terus memandu sehingga persimpangan lampu isyarat berhadapan Balai Polis Pekan Chalung, anda belok Kanan. Dari simpang tersebut anda memandu terus ke Pekan La-Ngu, lebih kuran 38KM. Di pekan La-Ngu anda belok ke kiri dan memndu terus ke Pak Bara. Memandu sehingga ke Jeti Pak Bara lebih kurang 10KM. Di Jeti Pak Bara, anda boleh parkir kereta dan membeli tiket Speed Boat ke Koh Lipe.


2. Keretapi ( KTM)

Menaiki keretapi dari mana stesen KTM di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, dari KL SENTRAL terus ke Hat Yai . Sampai di Hat Yai, ambil tut tut ke stesen bas berhampiran Asean Trade Senter. Anda boleh menaiki bas atau van terus ke Pak Bara.

3. Kapal Terbang

Menaiki Kapal Terbang Ke Hat Yai .Sampai di Hat Yai, ambil teksi ke stesen bas berhampiran Asean Trade Senter. Anda boleh menaiki bas atau van terus ke Pak Bara atau ambil teksi terus ke Pak Bara.
Hat Yai - Pak Bara lebih kurang 125KM.

peta KOH LIPE

Untuk pertanyaan ~ KOH LIPE Ground Package ; 
Email : nazli.angkasa@gmail.com / karlisahalim@gmail.com
WhatsApp : 0174009726

Lain-lain promosi berkenaan KOH LIPE :

# Snorkeling Trip - 3D2N Koh Lipe Ground Package 
# One Night At Koh Lipe 
# KOH LIPE BUDGET SNORKELING TRIP 2D1N






3 comments:

  1. rancangan awal2 untuk cuti sekolah ok jugak nih..tpi jauh sangt la nak bawak budak2..heheh..

    kotak komen google+ kat atas selalu tak keluar.jadi saya komen kat sini lebih mudah ye..

    ReplyDelete

  2. Dah lama saya dan isteri planning nak ke Krabi bersama anak2, tapi sampai sekarang masih cuma angan2 kerana agak susah nak kumpulkan anak2 yg sedang belajar di luar dan percutian mereka tak sama.....

    ReplyDelete
  3. Walaupun duduk dekat sangat dengan sempadan tak pernah sempat nak jalan2 kat Thailand, halangan utama adalah suami. Sebab dia bimbang keselamatan kami bila berada di sana. Memang tak boleh nak yakinkan dia bab2 keselamatan ni.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.