Sering terjadi kepada manusia...

Tuesday, April 01, 2014 PCL 10 Comments


Sering terjadi kepada manusia...umpamanya diriku sendiri ;

Apabila satu jenis makanan saja sudah berjaya mencegah perut dari dimasuki banyak makanan lain, ni baru je berlaku mulai beberapa hari yang lepas. dah lama sedari tapi susah nak mengikis tabiat makan banyak !

Satu kata saja berjaya menyebabkan banyak permusuhan...tapi aku rasa aku tak akan buat perkara sebegini, in sha Allah mudah-mudahan sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya.

Satu keburukan saja berjaya menghadang banyak kebaikan ...emmm, boleh ambil iktibar dari kesilapan yang telah kita atau masyarakat sekeliling lakukan dan melihat impaknya.

dan..ni paling bahaya, sekilas pandangan saja sudah melahirkan banyak nestapa kepada kehidupan seterusnya.

#ikut ajaran dan sunnah rsulullah SAW.... *menganggukkan kepala tanda faham!

#teringin nak berjubah putih ke masjid tapi takut diri nampak macam riak pulak , walhal aku tahu tu cuma pakaian saja....ini semua tiada kena mengena dengan hijrah sesorang , hijrah pada iman keseluruhan dan bukannya pada luaran ~ dah pegang nak beli tapi tak jadi...lama dah, tengoklah nanti macam mana !




10 comments:

  1. betullah PCL, saya sokong pendapat PCL tu
    memang tulah lumrahnya

    emm, pakai aje jubah tu tak perlu difikirkan sangat

    ReplyDelete
  2. ika pun kalau dah datang nafsu nak makan banyak, makan macam2 tu memang susah nak berhenti...tp asalkan kita makan berpada2 jangan membazir...takmo ikut amalan syaitan yg suka membazir heeee :D

    ika nak jemput PCL join GA ika, kalau sudi dan ada masa jemput laa join ya :)

    http://haneulafiqah.blogspot.com/2014/04/grand-opening-giveaway-by-haneulafiqah.html

    ReplyDelete
  3. makan ikut nafsu x baik kan..so kena la kawal..hehehehe....

    ReplyDelete
  4. PCL tak apa pakai ja jubah tu jadikan ianya motivasi untuk diri sendiri. Husband akak pun pakai jubah putih je sekarang ni...

    ReplyDelete
  5. Ketika di surau, kalau kebetulan pak imam tak datang, mereka yang berjubahlah yang selalu diberi penghormatan untuk menjadi imam.

    Saya bila ke masjid dan surau lebih selesa berkain pelikat dan berbaju Melayu...

    ReplyDelete
  6. Yakin pada diri sendiri dgn niat yg baik

    ReplyDelete
  7. kenapa mesti takut org kata..
    bukan alalh lebih mengetahai hati nya..

    ceh..:)

    ReplyDelete
  8. *Angguk2 kepala ni PCL.. :)

    ReplyDelete
  9. Yakin diri sndri... Ikut apa Islam kata...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.