Aku sensitif

Monday, May 26, 2014 Nazlee Ismail 4 Comments


..okay dah nak tiba musim cuti sekolah. ..bagi yang ada anak-anak sekolah tu memang biasanya dah merancang bercuti..

aku sudah plan nak ambil cuti.. 28, 29 dan 30 bulan ni...sambung 2 hari lagi termasuk Sabtu dan Ahad.
Famili mamaD dari Sp nak mai sini... beramai-ramailah , cantiklah tuu..tak payah aku balik ke sana memandu kereta... bersengkang mata dengan jem segala.

welcome to my home ! ...rumah kami sentiasa terbuka untuk kunjungan tetamu...
port rumah aku bukannya terbaik sangat tapi boleh la..selesa ?  tak tau lah ...tapi kami suami isteri sentiasa berbesar hati jika selalu ada tetamu bertandang.

Syukur pada Yang Maha Kuasa...memberikankan kami limpahan rezeki untuk dikongsi bersama..

aku baru apply cuti melalui sistem hrmis.gov ; ..harapnya boleh la lulus cuti aku kali ni... ; selalu pun senang jugak nak lulus cuma aku je jarang-jarang ambil cuti panjang.

yeah aku sensitif pasal cuti dan cuti sekolah anak-anak !

korang macam mana ? ...dah plan cuti sempena cuti sekolah jugak ke?

Isu semasa : ..ramai dikalangan kita sangat sensitif bab halal dan haram dalam makanan mereka , lebih sensitif lagi bila tahu ada keluar berita di media sosial baru-baru ni bab kandungan gelatin babi dalam coklat cadbury hazelnut... yeah sangat bagus tu kesensitifan masyarakat kita dalam hal tersebut... namun dari segi sudut lain pula banyak diperkatakan tentang haram yang lainnya yang mana sudah termaktub sekian lamanya di dalam kitab Al-quran.. Mengharamkan umatnya melibatkan diri dalam sesuatu yang haram bagi orang-orang Islam...camana tu ...ramai je yang tak berapa sensitif !





4 comments:

  1. Aina cuti bermula khamis sehingga Ahad seminggu kemudian cuti panjang sempena cutu sekolah sebelum mula tempat kerja baru.

    ReplyDelete
  2. seronok budak2 bila tiba musim cuti sekolah.. makbapak pun ada jugak yg tumpang seronok bila anak2 cuti sekolah.. boleh pegi jln2 hehehe.

    ReplyDelete
  3. saya bab cuti sensetif kalau raya x leh balik..klau cuti skolah ok lagi.. sbab x kawin lagi....setuju bkan stakat bab makanan ken asensetif ..solat.. kelakuan kita

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum.

    nasib baik dah plan awal² cuti. dah apply awal bulan 5 lagik :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.