Bahagia kita boleh berjangkit kepada orang yang memerhati...

Thursday, May 22, 2014 Nazlee Ismail 1 Comments


Ada sebahagian dari kita boleh menghabiskan waktu sehari penuh hanya untuk membaca, berfikir, mengarang atau menghafal , kalau ikutkan normal praktis sebenarnya perbuatan itu tidak bagus atau tidak sihat bagi mental seseorang , ... sebaiknya lakukanlah semua kegiatan itu sesuai mengikut keperluan saja dan yang lebih penting.

kita faham , ada orang tertentu....itu memang pekerjaannya ...hidup dan matinya hanya untuk itu...kalau tak 'miss soru' katanye.. .

Tapi bagaimana mendapat bahagia ? ...merasai bahagia ?.,  mesti ramai yang akan kata itu adalah subjektif dan tak dapat nak diberitahu serta fahamkan kepada orang lain secara terang dan nyata !

Solusinya..carilah kegiatan yang variasi kerana pergantungan daripada satu kegiatan ke kegiatan yang lain akan membuat jiwa akan menjadi lebih bersemangat .

Setiap orang yang punya fikiran waras akan sentiasa berusaha bagaimana untuk mendapatkan kebahagian melalui ilmu, harta atau kedudukan yang dimiliki. Orang yang paling bahagia di antara mereka adalah orang yang beriman kepada Allah swt kerana kebahagiannya tetap berterusan di setiap keadaan hingga dia bertemu dengan Penciptanya .

Salah satu bentuk kebahagiaan adalah hati yang terhindar daripada pelbagai jenis penyakit yang sangat serius contohnya seperti sifat ragu-ragu, mudah marah, berpaling daripada Allah swt, tidak yakin, tenggelam dalam perkara syubahat dan ikut hawa nafsu .

Anda nampak tersenyum pagi ini / hari ini..itulah kebahagian luaran  ; adakalanya bahagia itu boleh ditunjuk (bukan menunjuk2) dan ada juga masanya tidak perlu....insyaAllah bahagia kita boleh berjangkit kepada orang yang memerhati...

#beri mereka idea...







1 comment:

  1. Bahagia tu subjektif pada Nurul.. dalam keadaan sedih pun bole gak bahagia, begitu juga dalam bahagia masih bole terasa sedih..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.