Betul ke apa yang aku faham tentang "Liebster Award"

Monday, May 12, 2014 PCL 5 Comments


Informasi ; Liebster Award ni ialah sebuah Anugerah yang hanya wujud di internet dan diberikan kepada blogger oleh blogger lain . Ia berasal dari Bahasa Jerman - perkataan " liebster " itu sendiri mempunyai beberapa definisi : dearest, manis, paling baik , tercinta, indah, baik, menyenangkan, bernilai , comel, selamat datang (newbie blogger) dan seumpamanya .

Bila seseorang blogger telah di tag oleh blogger lain, tindakan selanjutnya ialah samada boleh menerima atau menolak anugerah tersebut (bergantung kepada pandangan peribadi) .

Dengan menerima/menyertai ianya boleh dianggap sebagai sebuah 'game blog' . Ada juga blogger yang menganggapnya sebagai bentuk 'gangguan blog' maka ia dibiarkan begitu sahaja . Ini semua bergatung kepada pandangan peribadi,  terpulang lah dan apa-apa jer lah !

Cara membuat entri penerimaan anugerah
  • meletakkan button Liebster Award ;
  • jawab 11 soalan daripada pemberi anugerah  ;
  • kemukakan 11 soalan sendiri dan 
  • tag / anugerahkan banner kepada blogger berkenaan dan maklumkan kepada mereka supaya mereka tahu.
Tujuan 'game' ini adalah untuk lebih saling kenal mengenal sesama blogger dengan meberikan mereka soalan-soalan dan mejawab pertanyaan . Kemungkinan dari maklum balas oleh keduan pihak dan button anugerah seperti  'Liebster Award' ini boleh direalisasikan supaya tujuannya tercapai.

sebahagian dari beberapa bentuk button Libster Award sumber googledotcom



====== ok setakat itu informasi yang aku faham  dari the Liebster Award yang sebenar ======


p/s  ..cukup dua tag setakat ini ; saya dalam proses menjawab soalan dari 2 blogger iaitu Lya dan Abe Kie .

Siapa ada pengalaman kena tag dan mengetag ? hahaha... apa pandangan anda tentang award tersebut ?




5 comments:

  1. bab ni kadang2 memang SA suka..hahaha...tp pesal banyak sangat soklan ni...aduyaii..for me ini adalah cara or game yang sihat untuk kita lebih mengenali seseorang atau blogger yang sering kita ikuti perkembangan dia..tp ada jugak yang x suka..ada yang rasa mcm budak2..for me its juat a fun...nak buat boleh x buat pun x per tp yang tag kita tu sure rasa x dihargai kan...sapa nak tag SA meh la...heheheh

    ReplyDelete
  2. Buat masa ni, saya tak join segmen ni lagi atas faktor kemalasan diri saya sendiri. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Oooo macam tu.... baru faham... Ida ni tag dan mengetag pun masih tak faham lagi. macam mana nak tahu samada orang tag kita atau tak dan kat mana nak tengok?

    ReplyDelete
  4. owh, baru tau bnda apa yang ditag ni..hehe..tq PCL sbb tag sya..

    ReplyDelete
  5. owh... baru faham Apa itu Liebster... thanks PCL

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.