BULI ; Cakap pasal anak saya kena buli !

Tuesday, May 27, 2014 Nazlee Ismail 2 Comments


Hanis & Nina


Dua beradik ni sesekali berjumpa memang hingaq rumah kami dibuatnya ....tapi menikus bila ada tetamu mai ghumah kami sekali-sekala... emm biasalah ikut mama dia dulu-dulu agaknya... dan sampai sekarang ni pun kalau sesapa perasan....mama depa ni jenis orang yang tak banyak cakap lebih-lebih lagi dengan sesapa yang baru dikenali... maaf cakaplah ye mamaD *lambat panas...bagus la macam tu...terlebih mesra susah pulak abang nanti ni..hihii

Semalam aku up status fb pasal anak mengadu kena buli...



...kat luar ada juga jiran-jiran bertanyakan kepada mamaD secara terus...

okay , mama depa  lebih maklum berkenaan hal ni sebab mamaD dan nina dah sembang banyak masa kami berempat keluar jalan-jalan cuti minggu lepas.

cerita nina yang diceritakan balik oleh mamaD kepada aku... ;  senior serumah agak tak puas hati dengan junior (nina dan seorang kawan lagi) , ...tak puas hati tu sebab depa dua ni selalu tak ikut cakap senior (senior semua ada enam orang).. ; disuruh kemas rumah yang disepahkan oleh mereka yang tak pandai jaga kebersihan, dicuri duit oleh mereka yang panjang tangan, disuruh buang sampah (rutin untuk depa 2 junior ni saja) dan ada lagi tapi mamaD tak sebut pulak..bagi aku tu dah kira buli fizikal , kalau sesama buat kerja itu tak jadi hal....tapi asyik dua orang je kena buat menag tak adil !..dan buli mental pulak bila mana depa dua tu selalu diperli sebagai 'menumpang rumah' ...bernanah telinga jugak kalau asyik kena sindir dan tarik muka semacam bila bertemu...cumanya  tarik-tarik rambut jer belum lagi.  *huh dasyat la perempuan pun kuat buli !!

Sebelum itu, Nina dan kawannya sudah memohon pindah rumah kepada bahagian pentadbiran...namun tiada kekosongan. Rumah mereka duduki masa mula-mula mengalami masalah kebocoran dan paip sumbat...jadi penghuni telah diarah pindah dengan berpecah masuk kepada beberapa buah rumah lain termasuklah menempek di rumah senior.

Selalunya kes buli budak asrama ni kebanyakannya berpunca dari kes cemburu.., masalah boyfriend dan seumpamanya...tapi ni tidak bagi kes buli Nina dan kawannya. *kes terpencil ...

Masalah kecik boleh diselesaikan...harapan aku macam tu lah,  namun perlu pemantauan dan sokongan dari ibubapa juga...kesian aku tengok kalau kami tidak suarakan kepada bahagian pentadbiran, takut nanti depa belajar dalam keadaan stress.

Untuk tindakan selanjutnya , Jumaat ni kami bersama ibu bapa kawan nina yang sorang lagi tu akan berbincang dengan pihak pentadbiran. cakap telefon saja tak boleh jalan..kena bersemuka baru jelas apa yang patut dan perlu diambil tindakan.

moga dipermudahkan segalanya...









2 comments:

  1. Ena alhamdulillah tak pernah kena buli dengan masa duduk hostel dahulu. Tapi ena pernah tengok junior junior ena dibuli oleh senior. Terutama budak lelaki. Kesian sangat. Hurmm

    ReplyDelete
  2. Pernah juga kena buli, buli kecil je macam kena ambil makanan dan sebagainya. Layankan je perangai senior. Tapi kalau dah melampaui elok gtau mereka yang septutnya seperti cikgu

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.