Kehidupan Bermasyarakat ; Mengintip Rumah Orang.. Salah ?

Friday, May 16, 2014 Nazlee Ismail 13 Comments

Mengintip orang itu nyata kesalahan dan berdosa ; mengintip rumah orang juga adalah suatu perbuatan salah.... tetapi ramai orang tak sedar atau tidak sengaja melakukan perbuatan sumpama ini.

Pada masa kini, dengan populasi yang padat khususnya di bandar-bandar ...kita nampak saling hampirnya bangunan dan saling berhadap-hadapnya antara pintu dengan pintu dan tingkap dengan tingkap , menjadikan kemungkinan seseorang itu untuk mengintip (mengambil tahu) kehidupan jirannya.

Ramai yang tidak mahu manahan pandangannya, malah apa yang berlaku terkadang dengan sengaja. Mereka tinggal di bahagian atas yang lebih tinggi dengan sengaja mengintip melalui tingkap mereka ke rumah-rumah jirannya yang lebih rendah.

Ini adalah satu penghianatan dan permerkosaan terhadap hak-hak jiran yang perlu kita tahu dan saling mengerti/faham. Dalam Islam...perbuatan tersebut adalah merupakan jalan menuju yang diharamkan kerana dengannya akan boleh membawa bencana dan fitnah.

Inilah adalah antara dosa-dosa kecil yang selalu dipandang ringan oleh manusia ; kalau kita tahu hukum mana mungkin kita berani langgar ...

Sabda Rasulullah saw   "Sesiapa mengintip rumah suatu kaum dengan tanpa izin mereka, maka halal bagi mereka mencongkel mata orang tersebut. "
Hadis Riwayat Muslim : 3/699

Kupasan dari pengertian hadis tersebut adalah untuk menekankan bahawa Umat Islam supaya sentiasa menjaga pandangan agar terhindar dari melakukan sebarang bentuk fitnah.

Namun...kefahaman kita tentang hidup bermasyarakat perlu diambil kira..
Mengambil peduli dan mencampuri urusan orang lain sememangnya ada batas yang dibenar dan ada batas yang dilarang . Secara umumnya kita dibenar mencampuri urusan orang lain selama mana ia bermaksud untuk kebaikan .

Seperti contoh , jiran yang kelaparan atau kesakitan atau ditimpa musibah atau melakukan maksiat . Kita mesti mengambil tahu malah wajib hukumnya kita mengambil tahu dan mencampuri urusan mereka agar kita dapat membantu mereka . Jika lapar kita hulurkan makanan , jika sakit kita hantarkan ke klinik , jika ditimpa musibah kita hulurkan bantuan dan jika mereka melakukan maksiat maka kita menasihati dan mencegahnya.

Sabda Rasulullah saw : "Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan orang Islam maka dia bukan dikalangan orang Islam ."

Tetapi mencampuri urusan orang lain sehingga mendedahkan aibnya yang sebelumnya tidak diketahui oleh sesiapa atau sengaja menjatuhkan maruahnya tanpa sebab yang syarie maka hukumnya jelas dilarang oleh syara' ...Orang-orang seperti inilah yang wajib dicongkil matanya !

semoga bermanfaat .

>sebahagian artikal diambil di sini sebagai rujukan penulisan.







13 comments:

  1. laki kita paling suka berjiran PCL


    PCL,
    Pernahkah PCL jatuh cinta? Sudah tentu pernahkan? Apa khabar isteri tersayang?

    oh kita ada buat menan suka2 kat blog kita..
    kalau sudi atau lapang marilah jalan2 blog kita ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @PB. ..Mcm best je menan tu..terjah!

      Delete
  2. Semakin lama, kakcik rasa kakcik makin jauh dari jiran - nak nampak muka jiran sebulan sekali pun payah! Bukan salah orang lain, tapi salah kakcik sendiri yang 'sangat malas keluar rumah'...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kakcik..jgn kata org lain ; xnk jaga tepi kain org la tu mungkin disalah ertikan kebanyakan dari kita dann..xnk cari susah.

      Delete
  3. Congkil je bijik mata org2 mcm tu...pastu steplar mulutnye...;P
    x gemar tul org2 perangai mcm tu

    ReplyDelete
  4. sekali sekala kena jaga tepi kain jiran juga kann..tapi kena ada border jugak

    ReplyDelete
  5. susah jugak nak komen..yg pasti ada pro dan kontra nya..klau terlbih sibuk org ckap penyebuk..klau x ambik tahu dickapnya kera sumbang :)

    ReplyDelete

  6. Entri ni ada kena mengena dengan kejiranan PCL ke...? Saya ingat zaman intip-intip ni dah berlalu dah. Masa kecik2 dulu dok kat kampung memang ada jiran2 jenis tu. Maklumlah zaman tu hiburan hampir tak ada, mengintip jiran mungkin salah satu cara berhibur orang kampung. Rupanya zaman sekarang tinggal di bandar masih ada manusia cam tu rupanya...

    ReplyDelete
  7. Tapi zaman moden ni tak yah mengintip sbb org blh tahu apa org buat sbb setiap masa update kt fb or blog atau instgram ataupun twitter...

    ReplyDelete
  8. hidup berjiran nih memang diarahkan utk ambil tahu supaya nanti senang..ada apa2 boleh mntak tolong..tp jgn salah gunakan tiket ambil tahu tersebut..pada2 ckuplah kan..

    husna singgah dari segmen kak mia..:)

    ReplyDelete
  9. DUA BERBUATAN YANG BERBEZA, MENGINTAI DAN AMBIL BERAT.. YANG PENTING DI SINI IALAH KITA AMBIL BERAT TENTANG JIRAN-JIRAN KITA DAN BUKANNYA MENGINTAI PERBUATANNYA..

    BERUNTUNG JUGA SAYA KERANA DIHADAPAN RUMAH SAYA TIADA RUMAH.. HANYA JALAN RAYA..

    ReplyDelete
  10. Assalam PCL,

    antara doa yang dititipkan setiap hari, kita mohon dikurniakan jiran yang baik .. dan kita usaha untuk jadi jiran yg baik juga kan ...

    skrg klu "intip2/intai2" gaya moden ... whatsapp group jiran2 je...heheehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.