Libster Award dari Akif Imtiyaz

Monday, May 12, 2014 PCL 9 Comments

Libster Award  


Logo merah hati tersebut telah dianugerahkan kepada blog ini dari Blogger Akif Imtiyaz. *sebenarnay Lya bukan nak anugrahkan pun tapi dia dah jadikan saya ni salah sorang 'mangsa' tag dia hahah !      (sila rujuk  di sini ) .. takda hal lah kan, biasa je nie :) . 

okay ,  teruskan membaca ... Soalan dari Lya ni akan dijawab seikhlasnya, insyaAllah...bukan Lya saja nak kenal ; mungkin pembaca nazlee.com pun nak tau jugak kan...

1~  Di manakah tempat lahir anda ?
PCL berasal dari Negeri Perak, lahir di rumah emak  kat Parit Buntar (aku Kampung Boy)

2 ~ Saat bilakah anda akan berasa Tenang ?
Bila PCL bersama keluarga , isteri dan anak-anak  buat aktiviti luar bersama dan satu lagi.... bangun sepertiga malam buat amalan sunat.

3 ~ Kenangan zaman sekolah yang tak pernah anda lupakan ?
PCL suka ikut kawan , Seludup masuk/oder roti canai dari kedai luar untuk makan tengah malam di asrama.memalam selalunya lapar sangat...mana boleh tahan supper roti kering jer..

4 ~ Lagu hari raya yang anda suka ?
Alaa..lagu best Allahyarham Tan Sri P.Ramlee  "Dendang Perantau" la..

5 ~ Matapelajaran yang anda paling tak suka masa sekolah menengah ?
Subjek Sejarah ; jenuh nak ingat tarikh peristiwa..tension !

6 ~ Makanan yang paling anda suka ?
Nasi putih + Sambal ikan tongkol + sayur kobis ..nothing special !

7 ~ Jenis pakaian yang anda suka pakai ?
Siang hari ringkas (jeans & t'shirt) , bila malam lagi simple ..kain pelekat dan jubah sekali sekala.

8 ~ Kuih muih tradisional yang anda suka ?
Kalakatar (klik sini) ; dah pandai buat sendiri.

9 ~ Minat anda berblogging sejak bila ?
2010 (sejak masuk kerja dengan kerajaan)

10 ~ Blogger wanita/lelaki yang anda suka ?
Ustaz Hasrizal (http://saifulislam.com/) , motivasi dan travelog sejarah Islam  (dulu pcl tak suka sejarah tapi kini ...lain dengan pendekatan yang berbeza)

11 ~ Kalau dapat ke luar negara..Manakah destinasi pilihan anda ?
Cuti-cuti New Zealand ; sebelum tu nak ke Mekah dulu (insyaAllah) doakan kami eh..


Dan sini terdapat 11 soalan pula dari PCL untuk penerima the Liebster Award  seterusnya,  PCL akan tag kepada Blogger yang dikenali dan juga yang pertama kali singgah ke blog mereka. ~ harap agar anda terima dengan ikhlas.

  1. Sejak bila anda mula berblog?
  2. Pernah mengenali Blogger PCL sebelum ini?
  3. Niche Blog yang digemari ?
  4. Warna tema blog kegemaran?
  5. Apa hobi anda selain blogging?
  6. Suka baca entri panjang berinformasi?
  7. Nama Blog pilihan anda yang tak jemu-jemu lawati?
  8. Apa pandangan anda tentang meninggalkan komen disetiap blog yang dilawati?
  9. Adakah anda suka meninggalkan komen semasa blogwalking?
  10. Anda Blogger negeri mana?
  11. Soalan trick : Bagaimana anda melihat seekor buaya di dalam zoo?

Penerima tag The Liebster Award  diberikan kepada :

  1. http://jueazrin.blogspot.com/
  2. http://summerkisseswinterrain.blogspot.com/
  3. http://suriaamanda.blogspot.com/
  4. http://timmbill91.blogspot.com/
  5. http://nureenasir.blogspot.com/
p/s : kepada mereka yang nak informasi berkenaan the Libster Award , sila lah klik Di SINI !




9 comments:

  1. terbaikkkk soklan2 PCL tu..
    saya pun join jugak.. jugak di tag oleh seorang blogger :)

    ReplyDelete
  2. wah... hebat PCL... selalu ditag... siap se entry. bagus tag2 ni. merapatkan silaturrahmi. ^__^

    ReplyDelete
  3. ooooo lama ke buat keje seludup roti canai tu? hehehehe

    ReplyDelete
  4. moga ada rezeki pcl ke mekah nnt..insyallah...

    ReplyDelete
  5. maceh no tag timm..da jwab da ni hah di --> http://timmbill91.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html

    ReplyDelete
  6. arghhhh...kenap...kenapa harus betaaaa........sabar jer la..ok la SA jawab sat lagi eh..

    ReplyDelete
  7. haha... terbaik punya jawapan... tulus dari hati tu ... ;)

    ReplyDelete
  8. Segmen ni banyak kkaan hahaha
    P/s: Qila singgah dari segmen kak Mialiana Hihihi.

    Semangat gilo ni heee.
    Jom blogwalking! Heee.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.