Makan Tanggung Berak Cangkung ; Ibu megharapkan perubahan baik kepada mereka.

Tuesday, May 06, 2014 PCL 4 Comments


Rezeki burung itu tidak datang dengan sendirinya ketika berada di sarangnya.
Mangsa singa tidak datang dengan sendirinya saat ia berada di habitatnya.
Makanan semut juga tidak datang dengan sendirinya saat ia berada dalam lubangnya.

Semuanya harus berusaha dan mencari.

Oleh kerana itu, carilah rezeki kita sebagaimana mereka mencarinya.
Kita pasti akan memperolehi sebagaimana mereka juga memperolihinya.

...dalam kehidupan masa kini, kebanyakan dari kita yang sudah mempunyai keluarga dan tanggungjawab, adalah wajib bagi kita melaksanakannya dan tidak boleh hanya berharap rezeki itu datang 'bergolek' atau 'melayang' dengan sendirinya kepada kita.

Alkisah...

Kehidupan seorang pemuda ; punya kesihatan yang agak baik tetapi mempunyai sifat pemalas yang amat ketara ; sebelum berkahwin dia adalah remaja yang rajin mencari duit poket tetapi berlaku sebaliknya selepas berkahwin dengan anak seorang makcik yang dikenali orang sekeliling dengan panggilan Makmah.
Tidak pasti sebabnya kenapa pemuda itu jadi begitu, tapi yang pasti dari luaran nampak 'rajinnya' bertempat. "Bagai pahat dengan penukul"... sekali ketuk baru jalan.

Kemalasan pemuda itu tersebar bila seluruh jiran tetangga acap kali terdengar Makmah memekik untuk mengejutkan mereka suami isteri bangun pagi. Siang mereka umpama malam dan malam mereka dihabiskan begitu saja bak kata orang "makan tanggung berak cangkung" .

'Sayangnya dan kasihnya'  mereka dengan tempat tidur masam lagi kusam ; rasa bebal bila disuruh bangun awal pagi...kata Makmah "macam mana nak murah rezeki kalau selalu macam nii.." ...geram Makmah dibuatnya,  nak pukul anak sendiri pun tak guna ; laksana 'pukul anak sindir menantu' hah tak menjadi jugak.. sebab mereka suami isteri sama sahaja perangainya.

Untung dan bernasib baik mereka ada Makmah yang masih hidup dan kuat ; semangat Makmah hanya mengenangkan anak bongsu kesanyangannya itu sahaja..."menatang minyak yang penuh" dahulunya...namun hari ke hari nampak wajah kekesalan dan hiba dalam hati Makmah .

Itulah kan...muhasabah untuk diri kita serta pengajaran daripadanya . Sepatutnya untuk mendidik anak dan menyayangi mereka secara berlebihi-lebihan itu seharusnya tidaklah berterusan sehingga mereka sudah berumahtangga (utk anak perempuan)...berilah tanggungjawab itu kepada suami mereka pula.

sebagai ibubapa ; kita hanya mampu berdoa setelah berusaha mendidik , kalau anak itu dibukakan pintu hatinya untuk berbakti bila dewasa nanti; Syukur alhamdulillah menyenangkan hati ibu bapa .., tapi jika sebaliknya berlaku...apa lagi sebagai ibu tua seperti Makmah boleh buat ...hanya mampu berdoa dan megharap ada perubahan positif kepada mereka..









4 comments:

  1. Kita selalu lihat kisah seperti itu terutama di kampung...harap Aina dapat jadi ibu yang baik dalam mendidik anak2.

    ReplyDelete
  2. anak memang selayaknya harus mendapatkan didikan yang baik dari orang tuanya supaya bisa menjadi anak yang berguna :)

    ReplyDelete
  3. sampai tua susah kan mak..
    :(
    huh

    ReplyDelete
  4. Mintak2 di jauhkan la kita dari perangai mcm ni

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.