MASBUK ; Belajar cuit bahu kawan semasa di Asrama..

Friday, May 09, 2014 PCL 9 Comments


Apa itu masbuk ?


Mukadimahnya ; Solat merupakan rukun Islam kedua setelah syahadat. Ia memiliki kedudukan yang sangat penting dalam Islam.  Rasulullah saw bersabda:

رَأْسُ الْأَمْرِ الْإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ

“Pokok urusan itu adalah Islam, tiangnya solat, dan puncak ketinggiannya adalah jihad”. (HR. Tirmidzi, no: 2616; dll, disohihkan oleh Syeikh Al-Albani)

Umar bin Khathab pernah berkata: “Perkara yang paling penting menurutku adalah solat, Siapa saja yang menjaganya, maka ia telah menjaga agamanya. Dan siapa saja yang mensia-siakannya maka ia akan lebih mensia-siakan terhadap selainnya.  Dan tidak ada bahagian dalam Islam untuk orang yang meninggalkan solat.”

Terlebih baik lagi jika solat wajib lima waktu itu dilakukan secara berjamaah. Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ajub pada solat (yang dilakukan) secara berjamaah.” (Lihat shahihul Jami’, (1820).

“Solat berjamaah itu lebih utama 25 derajat daripada solat sendirian.” (HR. al-Bukhari). Dalam riwayat lain disebutkan: “(lebih utama) 27 derajat.” (Fathul Baari’, 2/131).

Setiap muslim dianjurkan untuk melaksanakan solat berjamaah di masjid tepat pada waktunya. Namun dalam  kebisaannya ada di antara kita yang masih tertinggal (terlambat sedikit) solat berjamaah atau lebih dikenali dengan istilah Masbuk.

Masbuk ialah ketinggalan beberapa langkah dalam menyertai makmum bersolat jemaah di mana imam sudah sujud rakaat pertama dan seterusnya.



jika makmum yang faham akan kepentingan ganjaran solat berjemaah , dia akan melakukan masbuk , masuk jemaah di kala mana ia kesempatan.


Masalah yang terjadi pada kebanyakan orang ialah tidak tahu masbuk. (ini sering kelihatan bila kita singgah di Surau perhentian RnR sebagai menyebut contoh) dan mungkin juga bagi mereka , solat sendirian lebih pantas ..mengejar masa !.

Saya pun pada mulanya tidak berapa tahu sebab jarang berlaku dalam kehidupan masa kanak-kanak ; ada pun sudah belajar namun tidak diperaktikkan...tapi setelah masuk sekolah berasrama ...praktikalnya selalu terjadi dan kejanggalan sudah jadi biasa ...yang tak tahu terus bertanya dan tak kurang juga dari ikut-ikutan menjadi kefahaman, alhamdulillah.

Cuit bahu atau tepuk perlahan di bahagian bahu seseorang yang sedang solat bersendirian dan untuk memaklumkan dia bahawa kita nak jadikan dia sebagai Imam solat di ketika mana kita ni terlambat masuk untuk ikut jemaah, ...itulah praktikal yang sering terjadi. Tapi zaman nakal kanak-kanak dulu....cuit bahu bukan sekadar cuit malah tepuk bahu sampai terlompat imam dibuatnya :) *kenangan yg mendewasakan.

Pagi tadi saya menonton Tanyalah Ustaz TV9 ..ada penonton bertanya berkenaan masbuk dan cuit bahu ; jawapan ustaz ialah : #sebenarnya tiada dalil yang mengatakan cuit bahu atau sama sepertinya mesti dilakukan semasa masbuk, sekadar memaklumkan imam dengan takbiratul ihram dengan suara kuat sidikt...atau jika (imam tersebut) tidak sedar sekali pun tetap dikira jemaah (insyaAllah pahala solat berjemaah).


Didfinasi Masbuk


Difinasi lebih mendalam tentang masbuk ialah ; Orang yang tertinggal sebahagian raka’at atau semuanya dari imam dalam sholat berjamaah. Atau orang yang mendapati imam setelah raka’at pertama atau lebih dalam solat berjama’ah. (Kamus al-Muhith, Qawaid al-Fiqh dan Hasyiyah Ibnu ‘Abidin, 1/400).

Cara Masbuk Mengikuti Imam boleh rujuk sini atau (google; masbuk)

Untuk lebih maklum , tuan/puan boleh merujuk kepada yang lebih arif ...rugi kita kalau tertinggal terus solat berjemaah.

#jangan ambil mudah soal masbuk ! (sila baca pautan ini)


mengejar solat berjemaah ....bukan nya mengejar masa yer ! (gambar ihsan google)

#sekadar mengimbau kenangan silam zaman sekolah berasrama dahulu dan perkongsian ilmu... sekian.





9 comments:

  1. Bab ni sy belajar masa masuk universiti tpi. Selalu dipraktikkan... Skrg dh jarang... Dok ajar ank murid nth faham atau tak diorg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Maria ; ..selalunya bila time student memang dpt ilmu dan praktikalnya sekali

      Delete
  2. Ketika di surau ofis sering dicuit ketika sedang bersolat berseorangan...Pernah juga beberapa kali rasa dicuit oleh seseorang dan bertindak sebagai imam. Tapi bila lepas tahyat akhir tak kelihatan sesiapa di belakang....

    ReplyDelete
  3. Ketika di surau ofis sering dicuit ketika sedang bersolat berseorangan...Pernah juga beberapa kali rasa dicuit oleh seseorang dan bertindak sebagai imam. Tapi bila lepas tahyat akhir tak kelihatan sesiapa di belakang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. JR ; pic wajah baru..., kau tak nampak orang jd makmum tu..faham2 je lah..menakutkan.

      Delete
  4. Kat asrama memang tak ramai yang sudi jadi imam. Sampai bertolak-tolak. Ada yang mengelak dari kena cuit bahu jadi imam solat jemaah oleh makmum masbuk, sanggup gi solat kat sebelah dinding. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Syiarius Yusuf ; situasi solat sendiri rapat tepi dinding masih berlaku di surau2 awam terutamanya di supermarket..

      Delete
  5. Pernah satu ketika terjadi pada Ida.. masa memuda dulu laa hehe... malu nak cakap sebenarnya... ida tak masuk masjid ketika itu sebab tak tahu nak buat masbuk... duduk dalam tempat ambil wuduk sampai imam bari salam... pastu baru ida keluar dan solat sendirian... lepas tu emak ida tanya ida pergi mana tadi? Terpaksa menipu kata sakit perut... Lepas kejadian tersebut Ida berusaha belajar macam mana nak buat masbuk.. alhamdulillah tak jadi masalah sekarang ;)

    ReplyDelete
  6. Memang boleh terkejut kalau tiba tiba kena tepuk...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.