Melayankan kehendak mereka yang disayangi ..

Sunday, May 25, 2014 PCL 6 Comments

...Melayankan kehendak mereka yang disayangi ...

..keluar rumah dari jam 12 tghari tadi hinggalah jam 11 malam baru la nampak kelibat di rumah sendiri...huhu penatnya dengan lenguhnya kaki tak terucap di mulutku. *abah jadi bodyguard kepada theyalls my princess

Ingatkan petang nak memancing seperti yang dirancang tapi tak jadi lah pulakk! , mamaD , Hanis dan Nina ada plan baik punya.... sebenarnya dari minggu lepas lagi depa tu dah plan nak ke The Curve ni sekali lagi...kiranya repeat last week punya lah ..dah ushar barang-barang yang nak dibeli minggu lepas...bila abah dapat gaji depa ajak datang lagi sini.

Ke IKEA sekejap round-round dalam ...biasalah mamaD kalau ke sana harus singgah melawat kawasan ! ...beli 2, 3 ketul lilin wangi dan kain langsir siap....keluar dari tu nak makan meet ball yang sedap sangat tu..*taktaulah aku sendiri tak pernah makan...

...tapi tak jadi sebab kena beratur panjang dan tempat duduk/meja makan penuh ..padat dengan orang ramai ; kalau tunggu juga mau pengsan sebab dah kebulur sangat.. ; kami makan nasi ayam je  kat area bawah Ikea tu..

dah kenyang , cari surau dan lepas tu baru la mula aktiviti... ..masa dalam eCurve tu mamaD kata macam ternapak kelibat beberapa Bloggers Malaysia.. , mungkin ada blogerians punya aktiviti yang aku tak ikuti...


selesai di situ...

..dari Damansara balik singgah pulak kat The Mines, Seri Kembangan...dekat la dengan hostel tempat akak (nina) menginap..., ada sikit barang nak beli... nak minta belikan kasut. Katanya "kasut akak dah koyak la mama..., akak pakai baju kurung dengan kasut sport je...Miss pun dah tegur kenapa akak pakai macam tu .."

Sedih pulak aku dengar. Tadi masa kat The Curve ada kasut-kasut cantik tapi Nina tak berkenan pulak... Hanis jer sorang beli untuk dia.

Husnina ni anak sulung kami yang agak cerewert dalam memlih barang....berbanding dengan Hanis Umairah yang tak kisah tapi tak boleh kalah dalam membeli...apa yang akak dia dapat dia pasti nak yang sama juga...kalau kasut, maka kasutlah kedua-duanya..

penat kami melayan kehendak anak-anak ; kesian mamaD sampai berpimpin bila menuruni  tangga... *lif ada tapi saja nak dera...

Ini dah boleh mengalahkan orang jogging petang berkilo-kilometer..huhuuu !




6 comments:

  1. ohhh dh besar rupanya anak PCL nieh hehehe best nya jalan-jalan bersama family ...

    ReplyDelete
  2. Penat tapi mesti seronok! Sebab dapat luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. :)

    ReplyDelete
  3. Dua2 comel dua2 cute ..
    MamaD kiut jugak hehehe ..
    Selamat berhujung minggu PCL

    ReplyDelete
  4. Selamat berhujung minggu PCL... First time nak singgah sini :))

    ReplyDelete
  5. hehe..perempuan klau shopping mmg begitu PCL..hehe..dah jogging+exercise la tu..hehe..

    ReplyDelete
  6. Alaa so sweet :3 Vee kalau merayau memang akan cari jam dan kasut je. Haha.. Biasalah. Makin dewasa makin banyak barang keperluan. Belum lagi kemahuan. Kekeke..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.