Memenuhi kehendak minat mak mertua dan makcik memancing kat sini...

Sunday, May 04, 2014 Nazlee Ismail 6 Comments


petang 1 Mei lalu bersama famili aku termasuk mak mertua dan makcik yang datang dari Sungai Petani "bercuti" .. , bercuti kami lebih kepada memenuhi kehendak minat mak mertua dan makcik memancing kat sini... .

Pantai Morib dan Pantai Kelanang adalah tempat mula kami singgah walau sudah tau yang kedua-dua pantai yang selalunya  menghampakan kami sebelum ni...

Ya memang dah tau pun ikan kat sini tak makan umpan ; tapi semangat #kakipancing biasanya tak kisah ...janji dapat lepas gian !

Dalam mencari port baik punya... ternampak satu kawasan yang pemandangannya sangat cantik , kepuasan terasa bila dapat berada di suatu kawasan yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik ; subhanallah ! sangat  cantik ..walau terpencil sikit tempatnya iaitu di antara jalan dari Pantai Morib menuju ke Pantai Kelanang (jalan tar mini , persisiran pantai...) namun kewujudannya tetap boleh dikesan oleh beberapa pengemar/ jurufoto luar kawasan.

#kalau anda ada perancangan nak ke Banting cari kerepek ubi dan sebagainya ; singgah-singgah la ke Pantai Morib atau Pantai Kelanang ....serius ada tempat menarik (dengan kelasnya tersendiri) untuk capture gambar-gambar yang menarik !

..jarak masa dari pekan Banting ke area tersebut adalah dalam 30 minit berkereta. (Jalan Banting ke Morib)

#kakipancing sedang khusyuk .. 

mamaD dan anak2 tak berapa gemar memancing ..haha 

main pondok-pondok ; pondok tinggal..

ada juga yg layan mandi manda

Nina n Hanis guna sepenuhnya 'monopod' baru..

selfie melangit !

sunset dah mari..

jurufoto...macam pro jer Der !!

terbaik !






lagi terbaik...

lagi terbaik...






6 comments:

  1. Subhanallah pasti bahagia bersama keluarga menikmati akhir pekan... sy nak follow blog ini ... salam blogging

    ReplyDelete
  2. Happy family...suka tengok gambar s3lfie melangit tu...

    ReplyDelete
  3. gambar happy family...memang terbaek =)
    pemandangan disitu cantik nyer...

    ReplyDelete
  4. Subhanallah... Happy famili.. selfie pun terbaik!! mmg cantik suasana sunset tu. Gambar sunset terbaik tu klu buat poster hiasan rumah pun cantik.. mmg indah. Lama dah tak ke morib, dulu masa anak baru2 outing slalu juga ke sana, tp sejak jerebu yg dulu, asyik tak kesempatan ke sana.. Nice sharing PCL.. menarik.. :) :)
    Maaf komen kat sini.. komen g+ tak kluar pula, mungkin line tngh slow sikit skrng kat sini.

    ReplyDelete
  5. memang cantik view kat sini..
    selalunya nampak blogger photoshoot sini tapi sendiri tak pernah sampai lagi..
    kalo boleh mandi manda best la..at least budak2 dapat lepas gian..hehe

    hebak ikan ctu takmo dipancing..kenal dah kot rupa umpan..hehe

    ReplyDelete
  6. Seronok melayan pics tu semua.. happy family.. in shaa Allah

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.